Bachang, Melaka: Umum sudah mengetahui tentang hebat dan besarnya malam al-Qadr. Malam yang menjanjikan 1000 bulan ibadah ini menuntut umat Islam untuk terus melipat gandakan usaha mereka terutamanya dalam 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan demi memastikan misi merebut nikmat al-Qadr tidak berlalu begitu sahaja. Ia menuntut untuk kita meninggalkan seketika kesibukan seharian bekerja dan belajar dan duduk bersama merenung kebesaran Ilahi.
Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim
Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka tampil mengajak ahli masyarakat untuk turut sama memburu malam al-Qadr. ISMA Melaka menganjurkan program iktikaf 3 hari 2 malam bermula dengan majlis berbuka bersama-sama di Masjid Balai Panjang, tanggal Jumaat, 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah dan dijangka tamat sesudah Subuh berjemaah, Ahad, 13 September.
Antara aktiviti yang bakal disajikan buat peserta ialah Qiyamullail, siri tazkirah, bedah buku, tadarus al-Quran juga aktiviti berkumpulan. ISMA melaka dengan rendah hati mengajak ahli-ahlinya, belia-belia dan qariah masyarakat untuk turut sama memburu malam Al-Qadr.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964. Untuk makluman, peta lokasi masjid dilampirkan seperti di bawah:
Wassalam,
Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka




Posted by FaisaL on September 9, 2009 at 10:49 am
ada typo sikit rasanya..
Malam yang menjanjikan 1000 tahun ibadah…
1000 bulan sahaja rasanya..
salam ukhwah dari bumi kanggaroo
Posted by ismamelaka on September 10, 2009 at 1:44 am
JazakAllahu khair ya akhi.
Muga bumi Kangaroo subur dengan amal ibadah! Selamat berburu!.