Pengumuman: Berpindah

Assalamualaikum wbt,

Pengunjung yang dihormati, laman web rasmi IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA-MELAKA) telah berpindah ke laman web baru. Sila layari http://www.ismamelaka.com

Jemputan Aqiqah Editor ISMAmelaka

Assalamu’alaikum Warohmatullah,

Segala puji buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda SAW, model manusia sepanjang zaman.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya sekeluarga menjemput Tuan/Puan/Encik/CIk ke Kenduri Aqiqah dan Do’a Kesyukuran bersempena kelahiran anak kedua kami Uswah Khairah tanggal 7 Disember yang lalu bertempat di kediaman kami, No. 37, Jln BBU 1/7, Tmn. BBU Seksyen 1 tanggal 22 Januari 2010 (Jumaat malam Sabtu). Dilampirkan kad jemputan ringkas ..

Semoga kesudian dan kehadiran Tuan/Puan menghadirkan barakah buat kami sekeluarga.

Wassalam
Khair Razlan Othman
Ketua Editor ISMAmelaka.com

KLS Rancak Buat Persiapan Terakhir.

Ayer Keroh, Melaka: Menanti detik 26 Disember 2009, ahli-ahli dan sukarelawan ISMA Melaka sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk Kem Lepasan SPM 2009 yang juga merupakan kerjasama bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Program padat 2 hari ini akan berlangsung di Kompleks Belia Sukan Ayer Keroh dengan menyasarkan seramai 100 orang pelajar yang selesai menduduki peperiksaan SPM.

Peta KLS 09

Antara persiapan terakhir adalah hebahan melalui Rad Continue reading

Perutusan Tahun Baru 1431H

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas nabi Muhamad SAW, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mengikut jalan hidup Baginda SAW.

Saudara/i,

Moga Allah swt memberkati hidup kita semua. Sempena tahun baru 1431H, elok kita melihat sejenak apa yang telah kita lakukan dalam setahun yang lalu dan tahun-tahun sebelumnya. Jika baik, bersyukurlah dan berazam untuk peningkatan. Jika sebaliknya, marilah kita bersama-sama memperbaikinya.

Seperti biasa sempena tahun baru ramai orang akan membuat azam baru seperti ingin menguasai bahasa Arab, berhijrah ke puncak kebaikan dan sebagainya. Semua ini adalah baik belaka. Namun petunjuk rasul yang sepatutnya menjadi amalan kita ialah sentiasa memperbaiki  diri tanpa menunggu masa atau sempena-sempena tertentu.

Dari Abu Hurairah Ra. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda, “Perbaharuilah iman kamu.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana cara memperbaharui iman kami, Ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyaklah ucapan La ilahaillallah.”

(HR. Bukhari)

Perbanyakkan ucapan ‘La ilahaillallah’ dengan menghayati maksudnya iaitu penafian dan pembersihan dari sebarang ilah. Ilah nafsu, ilah kebendaan, ilah pangkat dan berbagai-bagai lagi ilah palsu sehingga jiwa kita benar-benar bersih lantas menanamkan ilah yang sebenar iaitu Allah swt. Hasilnya, lahirlah jiwa yang bersih dengan keimanan yang tulus hanya kepada Allah SWT. Dengan keimanan yang sebegini, maka akan terpancarlah tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan zahir yang menepati kehendak iman tersebut.

Inilah maksud kenyataan ‘iman yang benar akan membuahkan amal yang soleh’. Inilah pegangan jumhur ulama Ahli Sunnah yang mengatakan iman itu bertambah dan berkurang kerana iman seorang mukmin amat berkait rapat dengan amalnya.

Ketika iman individu itu kuat, terbitlah amalan-amalan yang mulia darinya dan ketika imannya lemah terbitlahlah perbuatan-perbuatan maksiat atau seumpama dengannya dari individu tersebut.

Oleh itu dalam kita membuat azam baru dengan berbagai-bagai azam dan perubahan yang ingin kita lakukan, jangan kita lupa bahawa asas perubahan yang mantap bermula dari Continue reading

‘IT Camp for Kids’ Cetus Kreativiti

Ayer Keroh, 8 Disember 2009 – Bagi memanfaatkan cuti sekolah yang panjang, Nadi Asybal wa Zahrawat (NAZIM) ISMA Melaka dengan kerjasama Little Caliphs Tadika al Fateh telah menganjurkan ‘IT Camp for Kids (Part 1)’ bertempat di  Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Program sehari yang julung-julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta sekolah rendah di sekitar Melaka.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadith Sahih riwayat Bukhari)

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa, mereka umpama sebutir permata yang belum digilap. Justeru itu, ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Didalam membentuk keperibadiannya, anak–anak perlu dibesarkan dengan nilai keperibadian Islam sebagai Khalifah Allah. Dari itu, program yang telah dianjurkan oleh NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat ) ISMA Melaka khusus buat adik – adik peringkat rendah adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian mereka sesuai seperti yang digariskan Islam selain membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang mereka perlukan. Program berbentuk indoor ini telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan sehingga penyertaan terpaksa ditutup sebelum tarikh program.

NAZIM IT CAMP I - 12

Program sehari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimana peserta mendaftarkan diri sebelum mendengar taklimat dan motivasi pagi yang disampaikan oleh Puan Lailayati selaku Pengarah Program. Slot ini telah membuka mata dan mengetuk hati para peserta dengan tayangan video yang mengisahkan perbandingan antara keselesaan hidup yang dikecapi oleh kanak-kanak di Malaysia dengan kesempitan hidup kanak-kanak di negara mundur dan mengalami peperangan. Di akhir tayangan, rata-rata peserta menyatakan bahawa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak dapat dirasai oleh semua orang.

Program diteruskan dengan slot ‘Pengenalan kepada Komponen Komputer dan Microsoft Words 2007’ yang disampaikan oleh Continue reading

KERIS 2009 Gamit Kenangan Indah.

Durian Tunggal, Melaka – 4-6 Disember 2009: Bermula jam 6.00 petang, peserta mula hadir mendaftar bersama penjaga masing-masing. Seperti biasa, peserta kelihatan tertanya-tanya dan kekok bersama suasana dan teman baru. Mungkin persoalan apakah yang akan berlaku selama aku di KERIS 2009 ini bermain di benak fikiran peserta. Setelah solat maghrib, solat isyak dan makan malam, taklimat tentang KRIM dan peraturan kem disampaikan. Penyampaian bersahaja oleh Kem Komandan, saudara Sulaiman menceriakan suasana yang tadinya suram dan kaku. Ditambah dengan aktiviti ice breaking dan taaruf, peserta mula membuka mulut dan melemparkan senyuman.

Satu kelainan daripada rutin biasa, peserta dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamullail. Jam 5.00 pagi bersama angin yang senantiasa mendinginkan, peserta tenang menghadap Allah yang Esa. Mungkin pengalaman baru bagi mereka. Setelah solat Subuh, satu tazkirah ringkas tetapi padat disampaikan oleh saudara Rauf bertemakan “Mengenali Ilahi Unggul Peribadi”. Mengambil pengajaran daripada Surah Al-Asr, pengisian penuh bermakna jika dihayati isinya.

Kemudian, peserta disegarkan dengan satu bentuk riadah baru. Mereka dikehendaki melukis sebuah lukisan menggunakan bahan-bahan yang telah mati. Dengan kekreatifan mereka, pelbagai rupa lukisan berjaya dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti outdoor pertama yang dinantikan iaitu Continue reading

NAZIM Melaka Pupuk Generasi Celik IT

MITC, Ayer Keroh: Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA Melaka atau ringkasnya NAZIM turut tidak ketinggalan memanfaatkan cuti sekolah yang berbaki. Jika abang-abang di Tingkatan Menengah disajikan dengan program KERIS 2009 dan juga KLS, NAZIM yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan rendah juga berkongsi aspirasi yang sama memandang lebih jauh dengan penganjuran IT Camp For Kids. 

Projek Bahagian Satu anjuran bersama Tadika al-Fateh antara lainnya bertujuan melahirkan generasi muda celik komputer di samping memberikan didikan awal tentang kaedah penggunaan medium massa elektronik secara berkesan dan berhemah. Tidak dinafikan, Gen-Z yang membesar dalam suasana arus IT harus diseimbangkan dengan keperluan akhirat. 

Diantara perisian yang bakal diajar adalah Microsoft Word, Powerpoint dan juga sedikit asas menulis blog. Peserta juga akan berpeluang melihat dan menguji kebolehan menyediakan masakan ala barbeku disamping pengurusan solat harian yang dilakukan secara berjemaah. Butiran program secara lanjut adalah seperti dibawah. 

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Disember 2009
Masa : 8.00am-6.00pm
Tempat : Tadika al Fateh, Tmn. Tasik Utama, Ayer Keroh

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:

  • Pn. Lailayati | 013-6001723
  • Pn. Nabihah | 019-3801920

Pamplet pendaftaran boleh dimuat turun di sini.

Wassalam,
ISMAmelaka.com

Kem Lepasan SPM – KLS 2009 Kembali Gegar!!

Banner KLS09 KRIM Melaka

Ayer Keroh, Melaka: KRIM Melaka buat kali keduanya akan menganjurkan Kem Lepasan SPM 2009. Dengan tenaga fasilitator dan penceramah yang dibekalkan hasil kerjasama erat sebelum ini bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka, kem kali ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh tanggal 26 dan 27 Disember 2009.

KLS 2009 menyasarkan lepasan SPM 2009 dengan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun berikutnya digalakkan untuk turut sama mendapatkan pendedahan awal. Kepada para pelajar dan ibubapa yang berminat, sila berhubung lanjut dengan urusetia seperti di bawah:

  • Cikgu Zul 013-6001722
  • En Mursyidi 013-2070696
  • Pn Amalia 013-2668701

Sekian,
Urusetia,
Kem Lepasan SPM 2009

 

Lagi Program Cuti Sekolah !

Durian Tunggal: Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan sekalian alam. Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Melaka melahirkan rasa kesyukuran kerana telah diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbiran Sekolah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal untuk bersama menganjur klinik Kem Jatidiri 2009.

Program yang bukan sahaja menyasarkan pelajar Sekolah Islam al-Munawwarah sendiri bahkan terbuka kepada pelajar dari lingkungan 9-14 tahun untuk bersama memanfaatkan cuti penggal akhir ini. Dengan bayaran serendah RM20, peluang untuk bersama barisan fasilitator KRIM di Kem Jatidiri 2009 tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Buat ibu bapa yang berminat, silalah berhubung dengan urusetia seperti yang tertera di poster yang disediakan.

Jumpa anda di sana!

Wassalam,
Urusetia Kem Jatidiri 2009

Bulan Disember Bulan KRIM. Jom Anak-Anak!!

Seperti tahun-tahun yang lalu, KRIM kawasan di seluruh Malaysia akan menganjurkan pelbagai program bersempena cuti sekolah. Dengan berteraskan moto “Motivasi” “Iltizam” “Jatidiri” KRIM komited untuk bersama-sama mendidik anak bangsa agar kembali memahami fitrah dan cara hidup yang bertepatan dengan al-Quran & sunnah.

KRIM Melaka

Kem Eksplorasi Remaja Islam 2009 (KERIS 09)

  • Tema : Kenali Illahi, Unggul Peribadi
  • Tarikh: 4-6 Disember 2009
  • Tempat: Kem RSG, Durian Tunggal
  • Penyertaan: 13-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Tarikh tutup penyertaan: 28 November 2009
  • Hubungi:
    • Cikgu Razak 019-6225284
    • En Mursyidi 013-2070696
    • Pn Amalia 013-2668701

Kem Jatidiri 2009

  • Tema : Towards a Brighter Future
  • Tarikh: 12-13 Disember 2009
  • Tempat: Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah
  • Penyertaan: 9-14tahun
  • Yuran: RM 20
  • Pendaftaran: 8 pagi, 12 Disember 2009
  • Hubungi:
    • En Mursyidi 013-2070696
    • En Bahiki 013-6191148
    • Pn Norafilah 017-6621399

Kem Lepasan SPM 2009

  • Tema: Failing to Plan is Planning to Fail
  • Tarikh: 26-27 Disember 2009
  • Tempat: Kompleks Belia Sukan Ayer Keroh
  • Penyertaan: 16-17 tahun
  • Yuran: RM40
  • Tarikh tutup penyertaan: 20 Disember 2009
  • Hubungi:
    • Cikgu Zul 013-6001722
    • En Mursyidi 013-2070696
    • Pn Amalia 013-2668701

KRIM Hulu Langat

Boyz II Men & Pretty Gurlz 2009

  • Tema: We Love Seerah
  • Tarikh: 11-13 Disember 2009
  • Tempat: Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor
  • Penyertaan: Remaja berusia 13-17 tahun
  • Yuran:
    • RM 150 seorang
    • RM 130 bagi pendaftaran awal & dibayar sebelum atau pada 27 november 2009
    • RM 700 bagi penyertaan berkumpulan (5 orang)
  • Tarikh tutup penyertaan: 4 Disember 2009
  • Hubungi:
    • Saudara Husairi (019-604 6013)
    • Saudari Farhani (019-270 3109)

KRIM Shah Alam-Klang

  • Tema: “Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasa”
  • Tarikh: 19-20 Disember 2009
  • Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
  • Penyertaan: 13-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Hubungi: Cikgu Asmadi 019-33954590
  • Ustazah Zaleha 013-222060

KRIM Negeri Sembilan

    Kem Remaja Muslim 2009 (KRIM)
  • Tema: 1 KRIM Remaja Didahulukan Islam Diutamakan
  • Tarikh: 12-14 Disember 2009
  • Tempat: Brindley Training & Camp, Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson
  • Penyertaan: 14-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Tarikh tutup penyertaan: 6 Disember 2009
  • Hubungi:
    • En Norhelmi 019-2445736
    • Pn Kaslawati 019-6230101

KRIM Johor

    Jambori Remaja Muslim 2009
  • Tarikh: 19-20 Disember 2009
  • Tempat: Nurfa Farmstay, Kaki Gunung Pulai 2, Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian
  • Penyertaan: 13-18 tahun
  • Yuran: RM 50 (T-shirt, sijil dan Al-Ma’thurat disediakan)
  • Hubungi: En Fauzi 019-6724430

KRIM Terengganu

Kem Remaja Wawasan

  • Tema: Remaja Perkasa Tunggak Kegemilangan Masa Depan
  • Tarikh: 4-5 Disember 2009
  • Tempat: Dahimah’s Guest House, Rantau Abang
  • Penyertaan: 15-16 tahun
  • Yuran: RM30
  • Tarikh tutup penyertaan: 27 November 2009
  • Hubungi: Bro Nizam 013-9844103
    • Sis Nusaibah 019-9050636

KRIM Kedah

    MARI MENGHAFAL!
  • Tarikh: 1-31 Disember 2009
  • Masa: 8-10 pagi
  • Tempat: 75C, Tadika Nur Tasnim, Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar
  • Surah-surah Pilihan: As-Sajdah, Al-Insan, Al-Mulk,Al-Jumuah, Al-Munafiqun, As-Sof, Ar-Rahman, Al-Waqiah, dan surah-surah lain
  • Penyertaan: 12-17 tahun (Boleh membaca Al-Qur’an)
  • Hubungi: Saudara Habib 019-4557813

Sebarang maklumat lanjut tentang senarai Program Cuti Sekolah mengikut kawasan boleh didapati dengan melayari laman sesawang seperti di bawah:-

Anda punyai anak-anak remaja? Mahukan potensi mereka diserlahkan? Ayuh, join kami di KRIM seluruh Malaysia.

Wassalam,
Kelab Remaja ISMA,
Sidang Redaksi ISMA Melaka