Rehlah Asahan

ASAHAN: Menyedari bebanan yang terpikul dalam membangunkan ummah dewasa ini tidak hanya bermodalkan ilmu ruhani semata, ISMA Melaka telah menganjurkan jalan-jalan ala piknik yang diberi nama “Rehlah Asahan”. Barisan pemuda belasan tahun dari serata IPT sekitar Melaka telah berkumpul seawal 9 pagi sebelum memulakan perjalanan.

Konvoi ISMA Melaka yang diketuai Pengarah Program, Akhi Yasser berhenti rehat seketika di Masjid Jasin Melaka. Rombongan disambut mesra oleh Ustadz Zaidi sekeluarga. Peserta dijamu sarapan pagi sambil mendengar pengisian oleh Ustadz Zaidi. Rombongan dari Muar yang dibawa oleh Cikgu Zul juga sempat sampai sebelum pengisian bermula. Selepas ta’ruf ringkas dan sessi makan makan pagi, konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Air terjun Asahan yang jernih, mengalir riang seakan menunggu ketibaan kunjungan pemuda-pemuda yang ikhlas menikmati kejadian Tuhan yang Maha Esa. Rehlah Asahan dimulakan dengan sedikit permainan “bola jaring air” bagi mengeratkan ukhuwwah yang sedia terjalin. Rehat separuh masa diisi dengan sessi perkongsian hidup oleh akhi Khair. Selepas puas berendam kesejukan, para peserta kemudiannya disajikan dengan santapan nasi berlaukkan ayam merah.

Konvoi bergerak pulang dan sekali lagi, Masjid Jamek Jasin menjadi tempat persinggahan untuk Solat Jamak dan Qasr. Ucaptama oleh Presiden Pembina Melaka, akhi Luqman menutup tirai Rehlah Asahan. Para peserta mengambil peluang mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama sebelum pulang menuju ke destinasi masing-masing

Disediakan oleh,
isma-avatar-2.jpg
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: