Rijal dan Rehlah Ramadhan

BUKIT BERUANG: Bersempena kedatangan bulan penuh keberkatan, Ramadhan al-Mubarak, Biro IPT ISMA Melaka menganjurkan Program Qiyamullail bertempat di sini Sabtu, 22 September yang lalu. Rumah akhi Nazeri seketika meriah dengan kehadiran peserta-peserta dan ikhwah-ikhwah dari sekitar Melaka. Rata-rata peserta dihadirkan dari IPTA/IPTS sekitar Melaka.

Misi penghayatan dan menghidupkan malam Ramadhan ini bermula dengan program berbuka puasa beramai-ramai. Hadirin kelihatan begitu berselera ketika menikmati masakan kari ayam spesel yang dihidangkan oleh tukang masak yang didatangkan khas dari Muar, Cikgu Zul, dengan bantuan akhi Amru, akhi Yasser dan ikhwah yang lain. Iftar diteruskan dengan program Ta’ruf di bawah kelolaan Pengarah program, akhi Khair. Di samping itu, akhi Luqman sempat menurunkan bebarapa tips berharga buat peserta tentang cara mengeratkan ukhuwwah.

Para peserta tidak ketinggalan menunaikan solat Teraweh di masjid dan surau berhampiran. Program kemudian diserikan dengan pengisian Ramadhan bertemakan 3R, “Rijal dan Rehlah Ramadhan”. Ustadz Zaidi dalam tazkirah ringkasnya memperingatkan para hadirin tentang definisi kerehatan dalam bulan Ramadhan dari kacamata seorang pemuda Islam.

Bak kata orang Jawa, malam Ramadhan tidak lengkap tanpa “moreh”, justeru peserta dihidangkan santapan ringan sebelum mempersiapkan diri untuk menikmati rehat di malam hari.

Rijal dan Rehlah RamadhanRijal dan Rehlah Ramadhan

Limpahan peserta yang diluar jangkaan penganjur mengundang keadaan panik seketika untuk penempatan tidur peserta. Mujur, kedudukan rumah ikhwah yang berdekatan menyuntik kelegaan. Para peserta bangkit bersemangat seawal jam 4 pagi. Qiyam, sahur berserta Solat Subuh berjemaah diharapkan mampu membekalkan keazaman dan semangat jatidiri dalam diri para peserta dalam menempuhi baki Ramadhan yang tinggal.

clause.gif

Dalam keadaan berpuasa dan rehat yang sedikit, pagi terus nyaman dengan senyum riang para peserta yang tidak kering gusi dengan keletah Akhi Luqman. Cerita ‘sang semut’ yang dipetik dari Surah an-Naml disampaikan secara bersahaja namun tampak sarat dengan mesej yang mendalam. Sedikit sebanyak, para peserta dalam diam mengangguk mengiyakan akan peri pentingnya membawa watak “sang semut biasa” dalam usaha menyedarkan dunia seisinya yang terkesima dengan kemewahan duniawi. Program diabadikan dengan sessi bersalaman dan penggambaran. Para peserta kemudian dihantar pulang ke destinasi masing masing.

Disediakan oleh,
isma-avatar-2.jpg
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: