Majlis Berbuka Puasa ISMA Melaka

UNIVERSITI MULTIMEDIA, MELAKA : Program tahunan berbuka puasa ISMA Melaka untuk sessi Ramadhan 1428 Hijriah menampilkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Berbekalkan keazaman untuk memacu langkah lebih deras dalam perihal keterlibatan bersama masyarakat setempat, ISMA Melaka menganjurkan majlis iftar tanggal 17 Ramadhan di Masjid al-Ikhsan, bertempat di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi swasta terkemuka tanahair, Universiti Multimedia.

Menurut pengarah program, akh Nazri Muhyiddin, program iftar ini secara khususnya berobjektif untuk mengeratkan ukhuwwah dengan mengumpulkan ahli-ahli ISMA sekitar Melaka bersama keluarga masing-masing. Sungguhpun begitu, ianya secara tidak langsung telah menyemarakkan anjuran Baginda Rasululah SAW yang menggalakkan umatnya memberi buka kepada orang lain yang sedang berpuasa. Malahan, objektif am untuk menjadikan program seperti ini sebagai titik tolak dalam usaha memperkenalkan ISMA, aktiviti serta peranannya terhadap kesatuan ummah juga berjaya dicapai.

Pihak penganjur selaku tuan rumah telah bersiap seawal 6 petang. Tetamu mula datang dari sedekat-dekat Taman Bukit Beruang sehingga sejauh-jauh Muar dan Taboh Naning bersama hidangan ‘potluck’ masing masing. Kain rentang ISMA dan aktivis AMAN Palestin menghiasi ruang gelegar utama Masjid. Sejurus azan berkumandang, ahli ISMA Melaka menyaksikan keunikan masyarakat akademik pelbagai bangsa MMU menikmati juadah yang terhidang bersama. Majlis diserikan dengan kehadiran pelajar antarabangsa yang antaranya dari Indonesia, Yaman, Arab Saudi, Sudan dan lain-lain lagi.

Menu utama “Nasi beriyani daging Ujong Pasir” disajikan kepada hadirin selepas Maghrib berjemaah. Majlis juga diserikan dengan ucapan alua-aluan YDP ISMA Melaka, Ustadz Ahmad. Selepas mendengar serba sedikit tazkirah Ramadhan dan sessi pengenalan ISMA, hadirin turut sama mengambil bahagian berkemas sebelum beransur pulang. Sungguhpun pada zahirnya, program Iftar kali ini berjaya mencapai objektifnya, namun terdapat beberapa perkara yang boleh diperkemaskan pada masa-masa akan datang, demikian ujar penganjur lanjut.

Disediakan oleh,
isma-avatar-2.jpg
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: