17 Ramadhan – Menghayati Badar Qubra

PANTAI PUTERI: Alhamdulillah, dalam usaha memperingati dan menghayati peperangan besar pertama Badr Qubra yang mana telah memahat kejayaan manis buat sekelompok kecil 313 tentera Muslimin menentang bala tentera puak Kafirun Mekah, Liqa’ Usrah Ustadz Zaidi telah berhasil melaksanakan tentatif rehlah ma’asyi yang dirancang.

Deruan ombak lembut yang menghempas pepasiran putih di Pantai Puteri, Melaka besertakan panahan mentari terik tanggal 18 Ramadhan 1428 Hijriah menjadi saksi betapa kegigihan 6 pemuda ini untuk setidak-tidaknya menghasilkan lakonan semula jerit perih kaum Muslimin menghadapi situasi getir yang tidak dapat tidak digambarkan oleh du’a Rasulullah SAW sebagai perhitungan antara hidup dan matinya agama yang suci ini di muka bumi yang kita huni hari ini.

“Jeneral” Yasser yang dipertanggungjawabkan memegang panji ISMA Melaka dalam program ini berjaya menghidupkan rehlah ini dengan beberapa aktiviti menarik. Perjalanan merentas pasir sepanjang lebih kurang 5 kilometer ini diselitkan dengan hafalan qalamullah tentang kisah Badar – (A’ali Imran 123-126), penceritaan kisah Badar Qubra oleh akhi Khair dan juga pencarian serta huraian ayat-ayat yang bertemakan pengorbanan.

Sungguhpun hakikatnya, Konvoi ‘Jeneral’ Yasser hanya mungkin baru merasai 0.1% dari kepenatan dan kecekalan tentera Badar, namun adalah diharapkan aktiviti seperti ini mampu mencetuskan satu polimik pengorbanan yang berterusan dalam menempuhi fasa-fasa perjuangan dalam bidang dakwah yang pastinya menjanjikan 1001 cabaran getir pada tempoh yang mendatang.

Konvoi mini ini juga sempat berbuka setalam nasi tomato bertemankan air pelbagai perisa di atas ‘padang pasir’ Pantai Puteri sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

isma-avatar.jpg

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi
ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: