Ramadhan dan Falsafah Kemenangan

Puasa tidak sedikitpun menghalang generasi awal Islam untuk berjihad di jalan Allah dan mengharungi peperangan penentuan. Malah kebanyakan kemenangan agung yang diraih oleh umat Islam sepanjang sejarah adalah berlaku di bulan Ramadhan.

Badar al Kubra (2 H)

Saat yang cukup genting. Perang yang menjadi penentu kepada mati hidupnya Islam. Rasulullah berdoa:

“Ya Allah, jika kamu biarkan kelompok ini binasa, maka kamu tidak akan selama-lamanya di sembah di atas muka bumi ini..”

Pembukaan Kota Mekah (8 H)

Kemenangan yang menjadi titik mula kepada tersebarnya Islam di seluruh semenanjung Tanah Arab. Bumi Mekah berjaya dibersihkan dari berhala.

Perang al Buwaib (13 H)

Perang pertama yang berjaya mencalarkan Empayar Parsi dan meruntuhkannya secara total beberapa tahun kemudiannya.Berlaku sewaktu pemerintahan Umar al Khattab di suatu tempat berhampiran tebing Sungai Furat. Tentera Islam dipimpin oleh Muthanna bin Harithah.

Pembukaan Andalus (92 H)

Asas bertapaknya sinar Islam di Benua Eropah. Dipimpin oleh panglima Tariq bin Ziad yang berjaya menewaskan tentera Qout yang dipimpin oleh Rhoderick.

Pembukaan Amuriah (223H)

Merupakan kota penting dan tembok pertahanan paling kukuh yang dimiliki oleh Kerajaan Rom Baizantine ketika itu selain Kostantinople. Tentera Islam dipimpinan oleh Khallifah Kerajaan Abbasiah sendiri iaitu al Mu`tasim. Sebab berlaku peperangan ialah kerana pencerobohan tentera Rom Baizantine ke atas wilayah Islam dan penawanan sejumlah ramai penduduknya. Sebaik sahaja al Mu`tasim mendengar berita bahawa seorang tawanan wanita Islam telah meminta bantuan darinya, akhirnya beliau telah mengarahkan supaya seluruh tentera kerajaannya bersiap sedia. Dia menulis surat kepada Maharaja Rom dan memberi amaran kepadanya: “Bebaskan semua tawanan atau aku akan menghantar tentera hadapannya di negara kamu dan belakangnya di negara aku!” Akhirnya setelah meletus peperangan yang sengit, akhirnya Kota Amuriah berjaya dibuka pada 17 Ramadhan. Setelah itu khalifah bercadang untuk meneruskan kemaraannya ke Kota Kostantinople, akan tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana beliau terpaksa pulang ke Baghdad bagi menyelesaikan beberapa isu dalaman.

Ain Jalut (658 H)

Kemaraan Tatar seakan tidak dapat dibendung lagi. Satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangannya. Baghdad yang merupakan bandar agung di dunia ketika itu tidak terlepas dari musibah ini. Seramai hampir sejuta nyawa menjadi korban akibat serangan ganas Tartar. Ketika itu hanya Kerajaan Mamalik di Mesir yang menjadi taruhan untuk mempertahankan Negara Islam seluruhnya. Sultan Saifuddin Qutuz dan panglimanya Baibres dengan dokongan para ulama dan umat Islam dari Mesir dan Syam akhirnya berjaya menyekat kemaraan Tartar dan menewaskannya pada 25 Ramadhan.

Pembukaan Antokiah (666 H)

Merupakan kejayaan terbesar umat Islam dalam siri peperangannya dengan Tentera Salib selepas kejayaan Solahuddin al-Ayubi membebaskan Baitul Maqdis. Antokiah merupakan kubu pertahanan tentera Salib yang paling kuat di Syam. Kejayaan Sultan Baibres ini menjadi perintis kepada tamatnya riwayat tentera Salib di Syam untuk selama-lamanya!

Perang Syaqhab (702H)

Berlaku di pinggir bandar Damsyiq antara tentera Islam dan Tartar yang cuba untuk menyerang kembali wilayah-wilayah Islam. Dalam peperangan inilah terserlahnya peranan Ibnu Taimiyah yang menggerakkan jihad dan mengobarkan semangat juang di kalangan tentera Islam. Malah beliau bersumpah dengan nama Allah supaya mengurniakan kepada tentera Islam kemenangan. Akhirnya tentera Tartar berjaya ditewaskan dan memadamkan langsung hasrat mereka untuk kembali menggugat negara Islam.

Arab Israel

Tanggal 10 Ramadhan 1393 H bersamaan 10 Oktober 1973 adalah merupakan detik bersejarah bagi umat Islam. Kejayaan gemilang yang dilakar oleh tentera-tentera Mesir telah melenyapkan keangkuhan Israel yang selama ini berbangga dengan label “tentera yang tidak akan dapat dikalahkan”. Tembok pasir Berlif yang menjadi simbol kekuatan dan kecanggihan persenjataan Israel ketika itu akhirnya runtuh dengan iringan laungan takbir.

Ulasan:

  • Kemenangan adalah teman setia yang akan mengiringi jihad. Dan tiada jihad melainkan akan ada padanya kesabaran. Dan tiada kemenangan jika tiada thabat dan pengorbanan.

  • Jihad qital ini hanya akan berjaya mencipta kemenangan apabila didokongi oleh individu yang telahpun berjaya menundukkan musuh yang sedia ada di dalam dirinya. “Kemenangan kita adalah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh; jika kita turut sama melakukan maksiat, maka perhitungan kemenangan adalah berdasarkan kelengkapan dan kekuatan bilangan.” (Umar al Khattab)

  • Ramadhan menjadikan seseorang lebih hampir dengan ketakwaan dan rahmah Allah!

Disediakan oleh,
Ustadz Zaidi,
ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: