Eid Mubarak 1428 Hijriah

MELAKA: Di kesempatan ini, sidang editorial ISMAMELAKA.wordpress mewakili barisan kepimpinan dan seluruh lapisan ahli ISMA Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1428H buat semua muslimin muslimat di serata ceruk tanah air.

Pertama kali dan untuk selamanya, marilah kita merakamkan rafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan sehingga dapat menyelesaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadhan akan datang. Wa kullu ‘am wa antum bikhair

Adalah juga amat wajar agar sekalian pembaca diperingatkan berkenaan adab-adab menyambut raya. Hari Raya adalah hari kebesaran umat Islam iaitu hari di mana kita menyuci dan membesarkan Allah atas hidayah dan taufik-Nya yang memberikan kita kemenangan sepanjang Ramadhan untuk melawan nafsu dan dorongan syaitan. Allah Maha Besar. Tiada tipu daya yang lebih dahsyat berbanding mengabaikan pengertian ini. Oleh itu janganlah kita terikut-ikut dengan amalan orang yang jahil dalam masyarakat kita yang menjadikan Hari Raya sebagai perayaan syaitan dan hawa nafsu. Segala perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang Ramadhan dilakukan pada Hari Raya ini. Hari syaitan terlepas dari belenggu dan nafsu bolos dari kekangan.

Akhir kata, muga Ramadhan yang berlalu diratapi dengan iltizam dan penuh harap agar dipertemukan Ramadhan yang mendatang. Kami memanjatkan dua’ agar dijelmakan dan dikekalkan kekuatan segenap aspek dalam diri ini dan juga rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam medan dakwah yang tidak pernah lelap ini. Muga, kedatangan Syawal 1428H menjanjikan sinar yang lebih ceria, menghadirkan komitmen yang lebih tinggi buat menyuburkan bumi bertuah ini.

Disediakan oleh,
isma-avatar-2.jpg
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka.

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: