KRIM bersama Pelajar

Program Remaja Cemerlang

Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Batu Berendam

BATU BERENDAM: Alhamdulillah, ISMA dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah Batu Berendam untuk menganjurkan Program Remaja Cemerlang kepada kira- kira 200 orang pelajar lepasan PMR. Team KRIM Melaka telah diamanahkan untuk melaksanakan program tersebut pada 26 October 2007 bermula dari 8.00 pagi hingga ke 12 tengah hari.

Bertemakan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Serikandi Agama“, program dimulakan dengan tayangan video “Kisah Si Penguin” dan “Proses Kejadian Manusia” untuk menyedarkan pelajar akan hakikat kehidupan yang bersifat sementara dan erti pengorbanan. Perkongsian mengenai realiti umat Islam dan cabaran remaja hari ini diselangi dengan video dan gambar-gambar telah berjaya menarik perhatian dan memberi kesedaran kepada para pelajar.

Akhirnya, penceramah mengakhiri program dengan menerangkan petua – petua untuk menjadi remaja muslim cemerlang. Kesimpulan daripada aktiviti-aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan pelajar telah berjaya memahami konsep usaha dan tawakkal. Ketika sesi soal jawab, penceremah telah menerangkan mengenai hala tuju selepas SPM serta perkongsian pengalaman sewaktu belajar di luar negara.

Motivasi “From ZERO to HERO”

Bertempat di sekolah yang sama sebelum itu, tanggal 17 Ogos 2007 lalu, wakil KRIM Melaka telahpun dijemput untuk memberi satu sesi motivasi kepada pelajar Tingkatan 1 beraliran agama seramai lebih kurang 100 orang. Dua orang wakil Team KRIM Melaka telah diamanahkan untuk membantu menjayakan sesi motivasi yg bertajuk “From ZERO to HERO” tersebut.

Setelah memperkenalkan diri, penceramah mengemukakan persoalan “Besar nanti nak jadi apa?” Beliau kemudian menekankan bahawa untuk berjaya dengan cemerlang adalah penting untuk kita mempunyai cita-cita atau matlamat yang jelas dalam hidup.

Daripada aktiviti menggunakan kertas bersaiz A4 pula, beliau cuba menerangkan kaitan antara usaha dan kejayaan. Jikalau ingin berjaya dalam pelajaran misalnya, perlulah berusaha dengan banyak buat latihan dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, ayat ke 28 daripada Surah al-Ra’d telah dikupas untuk menggambarkan betapa pentingnya untuk kita sentiasa mengingati dan menjaga hubungan dengan Allah.

Dengan laungan “Yes, I Can” secara beramai-ramai, penceramah mengakhiri sesi motivasi beliau dan majis bersurai.

Disediakan oleh,
isma-avatar-2.jpg
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: