Jaulah Aidilfitri 1428H ISMA Melaka

SEGAMAT: Pada tanggal 3 November 2007 yang lalu, ISMA Melaka telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1428H yang diadakan di Surau Taman Seri Kenangan, Segamat Johor Darul Takzim. Uniknya majlis ini berbanding sambutan-sambutan aidilfitri yang lain adalah kerana ianya diadakan dalam format jaulah keluarga. Rombongan ISMA Melaka berjaulah ke Segamat dimana Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1428H diadakan di sana dengan kerjasama ikhwah dan akhawat Segamat.

Antara objektif utama program ini ialah untuk merapatkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli ISMA Melaka dan juga memantapkan hubungan dengan ikhwah akhawat Segamat. Selain itu juga, majlis bertujuan untuk mengumpulkan ahli-ahli ISMA Melaka dan Segamat untuk taklimat beberapa perkembangan dan perancangan program ISMA Melaka.

Program bermula seawal jam 11:00 pagi dimana semua peserta berkumpul di perkarangan Masjid MITC, Melaka. Kegembiraan dan keriangan jelas terpancar di wajah para peserta yang terdiri daripada ahli ISMA Melaka dan keluarga masing-masing serta tidak ketinggalan para pelajar IPTA dan IPTS dari seluruh Melaka yang turut memeriahkan jaulah Raya kali ini.

Jumlah kenderaan yang bersama-sama dalam jaulah raya kali ini ialah 10 buah termasuk 6 buah kereta dan 4 buah MPV. Rombongan bertolak dari perkarangan Masjid MITC tepat jam 12:00 tengahari berbekalkan sedikit penerangan ringkas berkenaan dengan jaulah oleh Amir program dan juga sedikit doa perjalanan

Lebih kurang jam 2:30 petang, setelah melalui perjalanan yang mencabar, rombongan tiba di perkarangan surau Taman Seri Kenangan dengan disambut oleh ikhwah akhawat tuan rumah dari Segamat.

Ahli rombongan kemudiannya menunaikan solat Zuhur dan Asar jamak sebelum memulakan majlis sambutan Aidilfitri 1428H dengan menjamu juadah yang enak lagi menyelerakan. Antara juadah yang disediakan ialah laksa, mee sup, rendang, kuih muih, pencuci mulut dan banyak lagi.

Majlis dimulakan dengan sesi ta’aruf ringkas, kemudian diteruskan dengan ucapan KPN ISMA Melaka, diikuti dengan pembentangan tentang website ISMA Melaka. Dalam masa yang sama, program aulad turut diadakan untuk mengisi masa anak-anak kecil yang turut bersama dalam jaulah kali ini.

Majlis berakhir jam 6:00 petang dengan sesi fotografi di perkarangan surau. Rombongan seterusnya menuju ke rumah Akh Idris yang terletak berdekatan Bandar Segamat. Ketibaan rombongan disambut mesra oleh tuan rumah yang telah menanti ketibaan rombongan sejak awal petang lagi. Walaupun masih kekenyangan, ahli-ahli rombongan masih mamapu meneruskan agenda menjamu selera dengan penuh semangat dan jayanya.

Tepat jam 7:30 pm perjalanan diteruskan pula ke rumah Akh Alaq yang berada tidak jauh dari rumah Akh Idris. Sekali lagi sambutan yang ditunjukkan oleh tuan rumah amat menggelakkan. Ahli-ahli rombongan dijamu dengan pelbagai juadah yang enak seperti roti jala, ketupat, lemang, rendang dan juga kuih-muih.

Kekenyangan dan juga kepuasan dengan ukhuwah yang terjalin, rombongan akhirnya bertolak pulang ke Melaka pada jam 9:00 malam.

Rombongan tiba di bumi Melaka pada jam 11:00 malam. Setelah tiba, ahli rombongan berpecah ke destinasi masing-masing. Jelas kepenatan namun kepuasanlah yang lebih mendominasi suasana. Selain dapat berjaulah bersama dan menjamu hidangan yang pelbagai, apa yang lebih penting ialah ukhuwah yang terjalin antara ahli-ahli rombongan dan juga hubungan yang terjalin dengan ikhwah akhawat Segamat. Secara keseluruhannya, jaulah raya tahun ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan insya-Allah akan diterukan pada tahun tahun akan datang dengan penyertaan yang lebih memberangsangkan insya-Allah.

Disediakan oleh,
Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad,
Ameer Program Aidilfitri 1428H

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: