Remaja Peneraju Ummah

SAGIL: Di kala masyarakat India di Malaysia meraikan perayaan Deepavali, sekumpulan remaja telah memanfaatkan masa cuti mereka dengan menyertai rehlah yang dianjurkan oleh Biro IPT ISMA dan PEMBINA.

6 buah kenderaan telah berkonvoi dari Multimedia University (MMU), Bukit Beruang ke kawasan perkelahan terkenal Sagil. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perhentian pertama di Masjid Jamek Jasin diisi dengan aktiviti ta’ruf di mana peserta berkenalan antara satu

sama lain sambil menikmati sarapan pagi yang enak bersama-sama. Aktiviti yang ringkas tapi acapkali tidak diketepikan keberkesanannya sebagai tulang belakang sesuatu program ini membolehkan peserta mengenali rapat antara satu sama lain disamping berkenalan dengan ikhwah dari IPT lain. Rehlah kali ini mempertemukan pelajar-pelajar dari MMU dan Kolej Professional Mara (KPM).

Rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi yang diimpikan. Sagil, satu kawasan di kaki Gunung Ledang telah mengamit peserta konvoi dari jauh. Walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai, peserta-peserta kelihatan begitu bersemangat meneruskan pendakian ke bahagian yang paling dengan menaiki anak tangga dan meredah hutan hujan khatulistiwa yang sangat menakjubkan. Konvoi juga diserikan dengan aktiviti menyelamat ‘unit logistik dan makanan’ yang tersesat setelah terkesima dengan deruan merdu air terjun dan terkeliru menyusuri jalan pesisir air terjun. Boleh dikatakan, sedikit, unit penyelamat teruji untuk mengesan kedudukan rakan- rakan mereka selama lebih kurang 15 minit.

Sepanjang rehlah ini, peserta telah menyedari tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh remaja yang mempunyai cita-cita yang tinggi.

Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka” Al-Kahfi:13

Pemuda mempunyai satu potensi yang besar yang tidak dimiliki oleh golongan lain. Cita-cita dan semangat yang tinggi ini harus disalurkan ke jalan yang sepatutnya. Mereka harus memahami keadaan semasa dan mengawal keadaan sekeliling ke arah kebaikan.

Konvoi beransur pulang dan berhenti solat Zuhur dan Asar berjemaah di Masjid Sagil berdekatan sebelum diselangi aktiviti ilmiah yang menyentuh perihal tangungjwab pemuda di abad ini. Di harapkan rehlah kali ini dapat memberi kesedaran kepada semua peserta dan menjadi langkah permulaan dalam mancapai cita-cita yang tinggi.

Disediakan oleh,
Akh Yasser
Pengarah Rehlah Sagil

 

One response to this post.

  1. Ada gambarnya tak? Boleh ana gunakan untuk ISMAweb.

    Editor ISMAweb

    Reply

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: