Kunjungan ISMA Cyberjaya

BUKIT BERUANG: Bumi gersang Bukit Beruang hari ini sedikit ceria menyambut kedatangan para pemuda dari ISMA Cyberjaya. Program Jaulah dari sabahat sepengajian dari Kampus MMU Cyberjaya sedikit sebanyak mengisi masa lapang para pelajar.

Kunjungan yang sehari penat berjalan selamat sampai sejurus Marghrib berkumandang di Bukit Beruang. Setelah berehat seketika, para peserta mula berkenal-kenalan dengan sahabat yang menyambut mereka di perkarangan bumi Hang Tuah ini. Sesudah itu, mereka disajikan sedikit pembentangan berkisar tentang perihal peranan dan keperibadian sebagai seorang mahasiswa Muslim. Bukit Beruang yang selama ini gelap gelita hanya bertemankan sisa cahaya lampu TNB, sedikit bercahaya dengan asap BBQ para peserta. Ayam, stik, telur yang telah dimarinasikan seawal pemergian begitu laris malam itu. Dengan kepenatan yang tidak tergambar dan perut yang telah terisi, para peserta kelihatan begitu menikmati kerehatan yang terhidang pada malam itu.

Esok paginya, sejurus Solat Subuh jemaah dan sessi tazkirah berkenaan “erti persahabatan”, tibalah acara-acara yang dinantikan oleh peserta kedua-dua kampus MMU. Dipisahkan dengan jarak kira kira 200 km dan 1 jam setengah perjalanan, saat jarang bertemu ini dimanfaatkan dengan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan. MMU Melaka yang dibarisi oleh pilihan IUFC kelihatan tidak sabar-sabar menerima kunjungan rakan mereka. Dengan berjersi biru muda, mereka tampak gah dengan keyakinan yang terbayang di balik kerutan dahi dek sinar mentari yang agak terik pagi itu. Perlawanan berkesudahan terikat 0-0.

ISMA Melaka juga tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan membariskan barisan pemain tidak kurang hebatnya. Para Naqib berusia lebihan suku abad bersama peserta dari sekitar Melaka mempamerkan aksi yang mantap. Hasilnya, IUFC tumbang 0-1 setelah menahan serangan bertali arus dari ISMA Melaka. Perlawanan penentuan Juara ditentukan antara ISMA Melaka dan MMU Cyberjaya.

ISMA Melaka yang dikejutkan seawal15 saat pertama kembali bangkit dengan serangan teratur dari kiri dan kanan padang. Pengalaman menceritakan segalanya bilamana ISMA Melaka berjaya menyumbat 2 gol cantik. Setelah kedudukan terikat 2-2, pihak ISMA Melaka mengendurkan sedikit bahagian pertahanan bagi memastikan sahabat mereka membawa pulang gol kemenangan dan tidak pulang hampa.

Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan persinggahan mereka ke Melaka yang terisi dengan beberapa aktiviti menarik. Pihak ISMA Melaka mengucapkan jazakumullah khair kathiran buat para peserta dari ISMA Cyberjaya yang sudi menjejakkan kaki ke bumi bersejarah ini.

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi,
ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: