Merapat Ukhuwwah di Pesisir Pantai

PANGKALAN BALAK: Deruan angin yg lembut dan suasana yang nyaman di kawasan perkelahan Pangkalan Balak menyambut kedatangan para pelajar IPT di sekitar melaka untuk ‘berkampung’ disini selama 2 hari 1 malam. Dengan chalet yang selesa dan makanan yang cukup menyelerakan, tentunya kenangan disini tak akan dilupakan selamanya oleh 23 org peserta dari IPT sekitar melaka.

Selepas kumpulan dibahagikan dan sedikit briefing diberikan, peserta menunaikan solat maghrib dan isya’ secara berjemaah. Kemudiannya, sessi ice breaking dimulakan dengan Ukht Nabeehah dipertanggungjawabkan untuk memastikan para peserta mengenali satu sama lain. Di pertengahan program, sedikit tazkirah disampaikan oleh Ukht Hidayah bertajuk tarbiyyah imaniyyah dan kemudiannya para peserta menyambung sesi beramah mesra, bergurau senda dalam suasana ukhuwwah dan halawatul iman.

Tirai senja berlabuh dan malam menyingkapkan tabirnya, peserta lena dengan ditemani deruan ombak , bunyian belacak dan sang unggas. Sungguhpun begitu, peserta tidak leka dan bangun seawal 5 pagi untuk mengadap Ilahi, menunaikan solat subuh dan seterusnya membaca mathurat digigian pantai… Sessi team building bermula dan dikendalikan oleh Ukht NurHidayah, pelbagai karenah dan gelagat peserta menyiapkan segala tugasan yang diberi, ada yang berjaya ada yang tidak, namun yang penting kerjasama dan patuh pada arahan, rata-rata peserta cukup berpuas hati.

Setelah berpenat lelah, tibalah saat yang ditunggu-tunggu..sarapan yang cukup menyelerakan tika perut sudah berkeroncong…nasi goreng, bihun goreng, kari daging, sayur..roti..dan ‘syai’ melengkapkan hidangan. Setelah para peserta bersiap, pengisian 1 pun bermula oleh KPN Isma Melaka, Ustadz Ahmad dan peserta khusyuk mendengar serta mencatat butiran penyampaian, kemudian sedikit perbincangan diadakan untuk memantapkan lagi kefahaman sedia ada. Setelah penat memerah otak dan menghadam segala pengisian, nasi ayam yang sedia terhidang dimakan dengan begitu berselera..Alhamdulillah………… setelah menunaikan solat zohor, pengisian 2 diteruskan oleh pengerusi PEMBINA melaka, Akh Lukman hingga akhirnya tamat setelah azan asar berkumandang.

Setelah solat asar berjemaah, berkemas..sedikit resolusi diadakan dan peserta bersiap untuk pulang dgn kefahaman yg jelas dan semangat yg berkobar-kobar. Terbayang kepuasan di wajah setiap peserta yg hadir..semoga berjumpa lagi di sesi yang seterusnya!

Disediakan oleh,
Ukht NurHidayah
Pengarah Program

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: