Semarak Ukhuwwah yang Tak Kunjung Padam..

BERTAM JAYA: Selesai program di Pangkalan Balak, barisan akhawat meneruskan perjalanan dan tiba di Bertam jaya tika hampir maghrib. Menyambut kunjungan akhawat dari Shah Alam dan Klang terus sahaja bisa menghilangkan segala keletihan yang masih bersisa.

Setelah melepaskan lelah perjalanan sebentar, para tetamu dijamu sedikit sambil bertaaruf sekadarnya. Selesai Solat Maghrib dan Isya’..mereka bersiap sedia untuk mendengar sedikit penyampaian. Pengisian diberikan oleh KPN Melaka bertajuk ‘huraian perbincangan mengenai takdir’…yang berakhir kira-kira jam 11:30 mlm.

Setelah jam menunjukkan jam 12:00 tengah malam, akhirnya mereka masuk beradu dan keesokan harinya, bangun seawal jam 5, qiam bersama-sama dan menunaikan Subuh, setelah membaca mathurat…sedikit tazkirah disampaikan oleh Ukht Hidayah dan sesi taaruf diadakan secara ringkas. Alhamdulillah, pagi itu..bihun tomyam dihidangkan dan setelah menjamahnya, akhawat bersiap-siap untuk menghadiri akad Kak Zu jam 10 di Muar dan akhawat Melaka melepaskan mereka dgn kasih dan rindu untuk ketemu suatu masa lagi….

Disediakan oleh,
Ukht Nur Hidayah,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: