Kembara Ilmiah

MELAKA: Allahmdulillah, walaupun perancangan pada saat terakhir, akhawat Melaka berjaya merealisasikan rancangan jaulah bersama selama 2 hari satu malam bermula 31 Disember 2007 – 1 Januari 2008. Perjalanan kami dipimpin Nafisah (NAZA Kia) di barisan hadapan diikuti Zainab (UNSER) dari Melaka hingga ke Shah Alam manakala Buraq (MYVI) pula menyertai dari Shah Alam terus ke Ipoh. Perjalanan yang meriah dan ceria ini disertai seramai 11 orang akhawat dari IPT sekitar Melaka, 3 baitul muslim , 1 walad dan juga 1 bintun.

Objektif perjalanan, selain dari merapat serta mengukuh-eratkan ukhuwaah yang sedia ada, ialah untuk meluaskan pendedahan akhawat kepada ikhwah/akhowat ISMA di luar Melaka termasuk Shah Alam dan Ipoh. Selain itu, tujuan kami berjaulah sambil ke hospital menziarahi (Ustaz Fadzlan), yang ditimpa kemalangan dan menerima rawatan di Hospital Ipoh serta memenuhi jemputan walimah ikhwah dan akhowat AUSIS (Aiman dan Sarah) di Dewan Banquet Serbaguna, Ipoh, Perak. Destinasi terakhir dalam perancangan ialah memenuhi jemputan aqiqah bagi Ukhti Hasni dan zaujnya buat anak sulung mereka (‘Azimah Khaulah) di Kajang, Selangor dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Secara kasarnya, Pickup peserta bermula jam 5.30 pm 31 Disember di beberapa lokasi (Stesen Bas Masjid Tanah, UiTM Melaka, Matrikulasi Melaka dan Manipal Medical College). Perjalanan secara konvoi bermula di Hentian Lebuhraya Seremban apabila Nafisah dan Zainab bertemu.

Perjalanan sampai ke destinasi pertamanya iaitu pejabat ISMA Shah Alam pada jam 9.15 pm dengan disambut akhowat Shah Alam dengan penuh mesra. Peserta seterusnya menikmati makan malam yang dibeli dari Hentian Seremban dan mendengar pengisian pertama yang dijadualkan bermula jam 10 malam melalui Ust Rusdi bertajuk “Tamayyuz dan meninggalkan jahiliyah”. Para peserta begitu khusyu’ dan memberi sepenuh perhatian apatah lagi tajuk ini begitu relevan dengan perasaan masing-masing yang tertekan dengan situasi di kolej. Ini terbukti apabila setiap peserta mengajukan soalan sehingga sesi soal-jawab berakhir hampir 1 pg.

Setelah penat seharian, aktiviti diteruskan dengan kembara mimpi dan qiyaam fardhi keesokan paginya. Selesai solat subuh berjemaah, peserta mendengar taklimat ringkas dari Ukhti Hidayah@Usu mengenai perjalanan rancangan dan harapan. Alhamdulillah, setelah sarapan pagi, perjalanan diteruskan lagi untuk ke destinasi seterusnya – Hospital Ipoh pada jam 8.30 pagi. Rombongan akhawat Melaka tiba di perkarangan Hospital Ipoh jam 12.30 pagi, sebaik sahaja waktu melawat bermula. Ketibaan disambut oleh Ust Shahruzaman. Kami menuju ke Wad Pembedahan Lelaki Dewasa 5C dan terus ke bilik yang dihuni Ust Fadzlan. Alhamdulillah, kelihatan Ustaz lebih stabil setelah pembedahan rahang yang dilaluinya. Walaupun masih memerlukan bantuan salur pernafasan (tracheostomy) untuk bernafas di samping antibiotic drip (metronidazole) yang masih mengalir di lengan kirinya, beliau masih mampu tersenyum dan bercakap sedikit sebanyak melayan pelawat yang berkunjung tidak putus-putus. Semoga Ustaz Fadzlan sekeluarga terus dikurniakan ketabahan dan kecekalan. Sama-sama kita doakan. Doa orang bermusafir mudah dimakbulkan Allah…insyaAllah

Rombongan berlalu meninggalkan perkarangan hospital ipoh menuju pejabat ISMA Ipoh untuk menunaikan solat zuhur dan mendengar sedikit tazkirah dari Ustadz Razmi. Sejurus mendengar pengisian rohani, kami meneruskan perjalanan menuju lokasi walimah Aiman dan Sarah di Dewan Banquet Serbaguna untuk pengisian perut pula. Walimah yang ceria bertemakan warna hijau diceriakan lagi dengan alunan nasyid munsyid jemputan serta diiringi doa untuk pengantin dari bapa pengantin lelaki sangat mengharukan. Semoga pembinaan baitul muslim mereka dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah insyaAllah…

Lebih kurang jam 4.00 petang, rombongan bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan pulang ke selatan. Hari semakin beransur petang, akhirnya kami terpaksa membatalkan rancangan untuk menghadiri kenduri aqiqah pasangan Akh Aizuddin dan Ukht Hasni di Kajang. Semoga berjalan kenduri mereka berjalan lancar dan diberkati Allah. Perjalanan pulang menuju ke arah selatan diketuai Nafisah diikuti Zainab dan juga Buraq. Rombongan berhenti seketika di Hentian USJ untuk menyahut seruan fardhu Maghrib dan jama’ taqdiim isya’. Rombongan jaulah berpisah di sini di mana Nafisah akan bergerak menghantar akhawat UiTM dan matrikulasi Melaka, manakala Zainab pula menghantar akhawat ke KTiAM. Buraq pula dijadualkan akan singgah di Bangi untuk satu lagi urusan sebelum pulang ke Melaka menghantar akhawat ke Manipal Medical College. Akhawat yang menyertai jaulah kali ini diselubungi perasaan sedih setelah sehari semalam bersama. Pelukan demi pelukan dihadiahkan untuk ukhti yang tersayang dengan harapan semoga bertemu lagi di aktiviti akan datang.

Disediakan oleh,
Ustadzah Hidayah
ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: