Karnival Futsal ISMA Melaka 2008

piala.jpgSPORTS PLANET, CHENG: Dalam merealisasikan kesyumulan Islam sebagai agama yang praktikal dan mencakupi seluruh aspek kehidupan, fasa dakwah ISMA Melaka dilihat memasuki era baru dan maju setapak lagi, dalam memacu usaha mengesani masyarakat setempat. Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, Karnival Futsal ISMA Melaka 2008 dapat disempurnakan dengan jayanya tanggal 6 Januari yang lalu.

Kejohanan yang bermula seawal 9 pagi itu mempertemukan 16 pasukan terhandal merentasi sempadan negeri bersejarah. ISMA Melaka menerima kunjungan ISMA Johor dan Pasukan Benua Australasia pada malam sebelum sepak mula manakala NS Panther, jagoan bumi Minangkabau tiba di awal pagi menjadi antara pasukan jemputan yang hadir untuk turutserta tidak melepaskan peluang beradu skill dan kepantasan. Karnival dimulakan dengan ucaptama perasmian oleh YDP ISMA Melaka, Ustadz Ahmad Zainal Abidin yang menekankan peri pentingnya kesihatan tubuh badan dalam hidup seorang individu Muslim. Ini diikuti Klinik Futsal yang disampaikan oleh Pengarah Program.

Padang sintetik Sports Planet boleh dikatakan bertuah di pagi Ahad yang serba tenang itu dek kerana dapat menyaksikan gerakan, aksi lincah dan skill individu yang hebat di kalangan peserta. Kepantasan larian dan dan kelicikan liuk lentuk aksi badan barisan remaja belasan tahun diimbangi dengan kepintaran dan visi tinggi para naqib dan pengurus pasukan yang agak berumur menjadikan pertembungan setiap pasukan senantiasa sengit. Kekentalan pertahanan dan kosentrasi penjaga gawang yang ditunjukkan bagaimanapun masih tidak mampu menidakkan kekemasan gerak kerja sepasukan pihak lawan dan kejituan barisan penyudah. Natijahnya, lebih 125 gol cantik pelbagai gaya dari para peserta terhasil hanya dalam tempoh masa 4 jam kejohanan berlangsung.

Kumpulan A

Team

P

W

D

L

F

A

GD

PTS

Muslimin United

3

3

0

0

14

3

11

9

Kaisers

3

2

0

1

7

8

-1

6

Curhat

3

1

0

2

3

4

-1

3

NS Panther

3

0

0

3

4

13

-9

0

Kumpulan B

Team

P

W

D

L

F

A

GD

PTS

Al-Husaini

3

2

1

0

12

6

6

7

Braddle JB

3

2

0

1

13

9

4

6

Voca

3

1

0

2

6

11

-5

3

Modern Muslim

3

0

1

2

6

11

-5

1

Kumpulan C

Team

P

W

D

L

F

A

GD

PTS
Moca FC

3

2

1

0

9

6

3

7

Ansar as-Sunnah

3

1

2

0

8

7

1

5

Ketim FC

3

1

1

1

8

6

2

4

Hamas

3

0

0

3

7

13

-6

0

Kumpulan D

Team

P

W

D

L

F

A

GD

PTS

Landong

3

3

0

0

16

2

14

9

Ghurabaa’

3

2

0

1

9

7

2

6

Petronas Tigers

3

 

 

 

 

 

 

 

Juara Bertahan

3

 

 

 

 

 

 

 

Muslimin United, Al-Husaini, Moca FC, Ansar As-Sunnah dan Landong adalah antara ‘invincible’ team yang mengharungi perlawanan peringkat kumpulan tanpa kalah. Namun, Ansar as-Sunnah terpaksa akur setelah Moca FC berjaya menundukkan lawan terakhir untuk merampas kejuaraan Kumpulan C. Separuh akhir yang mempertemukan Johan setiap kumpulan mempamerkan aksi yang agak rancak. Keletihan para pemain jelas kelihatan dan ketika inilah strategi pengurus pasukan dan semangat kesepasukanan memainkan peranan penting. Setelah 15 minit bertarung, akhirnya Muslimin United dan Landong berjaya menempah tiket perlawanan akhir dengan menundukkan lawan masing masing.

Dalam perlawanan akhir, seawal 5 minit pertama, jelas pertembungan 2 pasukan ini agak seimbang dengan arus serangan saling bertukar arah. Namun, permainan Muslimin United sedikit goyah akibat kehilangan tonggak utama di barisan serangan akibat kecederaan. Seketika kemudian, gawang MU dirobek bertalu-talu oleh Landong yang rata-ratanya dibarisi pelajar Matriks belasan tahun. Stamina tinggi yang ditunjukkan oleh Landong membolehkannya bergelar pasukan pertama menjuarai edisi sulung Piala Pusingan YDP ISMA Melaka dengan membenam saingan MU 4-0. Al- Husaini merebut pingat gangsa kejohanan setelah menundukkan Moca FC dengan jaringan 3-1.

Karnival Futsal ISMA Melaka diakhiri dengan ucapan penutup oleh al-akh Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka, akh Lukman yang tidak ketinggalan menggalakkan penyertaan belia muslim dalam aktiviti sihat serta mengharapkan penglibatan peserta dalam aktiviti anjuran ISMA dan PEMBINA selepas ini. Akh Lukman turut menyampaikan Pingat Pemain Terbaik Kejohanan kepada akh Fakhrul yang beraksi cemerlang mengawal kemas gawang pasukan Landong. Ustadz Ahmad kemudiannya menyampaikan pingat kejohanan kepada para pemenang serta Piala Pusingan YDP ISMA Melaka kepada pasukan Landong. Para peserta kejohanan mengabadikan pahit manis kejohanan dengan bergambar bersama-sama sebelum menikmati juadah tengahari yang disediakan pihak penganjur.

Disediakan oleh,
Akh Khair,
Pengarah Karnival Futsal ISMA Melaka 2008

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: