Majlis Pelancaran Usrah Keluarga

Multimedia University: Takwim 1 Muharram seringkali mencatat angin perubahan dalam lipatan sejarah ummah yang panjang ini. ISMA Melaka tidak ketinggalan untuk memanfaatkan cuti umum ini dengan mengorak setapak lagi memajukan medan dakwah sejagat dengan pelancaran modul usrah keluarga.

Dalam usaha mengimbangi keaktifan dan mujahadah golongan rijal di pentas global, Wanita ISMA turut tidak mahu tercicir dalam memainkan peranan mereka sebagai agen perubahan. Modul usrah keluarga merupakan buah idea Wanita ISMA setelah mengamati dan mempertimbangkan segenap inci aspek yang diperlukan dalam pembangunan baitul Muslim yang mantap. Sessi pelancaran buku modul usrah keluarga yang bertempat di Multimedia University hari ini mengumpulkan ahli keluarga ISMA Melaka bersama aulad masing-masing dalam suasana penuh mahabbah.

Majlis amat bertuah kerana menerima kunjungan dan taklimat langsung dari antara penulis modul ini sendiri. Setelah bacaan quran dari akh Razak, Ustazah Nor Saleha yang didatangkan dari Wanita ISMA pusat memulakan majlis dengan membentangkan pengisian dan cara pelaksanaan modul usrah keluarga. Ini diikuti oleh perasmian buku dan juga Kelab Aulad ISMA Melaka oleh KPN ISMA Melaka, Ustadz Ahmad Zainal Abidin. Sejurus selepas ucapan perasmian, majlis diceriakan dengan keletah anak-anak kecil yang bernasyeed menandakan kemunculan rasmi Kelab Aulad di persada dakwah. Diharapkan dengan tertubuhnya Kelab Aulad ISMA Melaka, ianya mampu melahirkan generasi pelapis yang lebih baik untuk bakal mewarisi tugas murni ini.

Sebelum bersurai, para tetamu dihidangkan dengan jamuan rasmi ala pot luck hasil masakan barisan akhowat. Nasi lemak, mee goreng, lotong, dan aneka kueh mueh adalah antara yang menghiasi jamuan.

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: