Daurah dan Jaulah Mutaba’ah.

Bukit Beruang: Muharram yang baru menjelma menjanjikan gerak kerja tersusun yang lebih rancak di bumi bersejarah ini. Selesai sahaja pelancaran usrah keluarga Khamis lalu, ISMA Melaka kembali mengisi diari kerjanya dengan Daurah I hari ini bertempat di Bukit Beruang. Sessi ilmiah pertama buat takwim baru 1429 Hijrah ini mengumpulkan para pelajar dari sekitar IPT Melaka.

Dipengerusikan oleh akh Lukman, sedikit ta’ruf ringkas antara peserta dimulakan sebelum sessi pengisian disampaikan oleh KPN ISMA Melaka sendiri, Ustadz Ahmad dengan pengisian berjudul “Hakikat yang Dilupakan”. Diselitkan dengan pelbagai isu semasa, para peserta mendengar khusyuk sepanjang 2 jam lebih pengisian berlangsung. Keseriusan ISMA Melaka dalam menggerakkan amal para pelajar dibuktikan dengan ujian yang diberikan di akhir pengisian. Ini merupakan antara langkah positif bagi membolehkan penyampai mengetahui keberkesanan penyampaian serta tahap kefahaman para peserta. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, akh Lukman kemudiannya meminta para peserta menyenaraikan kenalan baik mereka yang mampu mereka sampaikan tentang bahan yang baru dipelajari.

Para peserta kemudiannya menjamu hidangan tengahari yang disediakan dalam suasana ceria sebelum pulang menuju ke destinasi masing masing. Bagi barisan ikhwah ISMA Melaka, hanya sedikit rehat berselang sebelum satu lagi agenda besar menanti mereka petang itu.

Jaulah mutabaah barisan deligasi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Pusat yang diketuai akh Presiden Pembina, Dr. Kamil sampai sejurus azan Asar berkumandang. Deligasi disambut mesra sebelum pengisian dimulakan. Sessi “Roadshow” yang bermula dari selatan tanahair itu tidak sedikitpun menampakkan keletihan, malah semakin bersemangat melihat penyampaian demi penyampaian dan pembentangan positif dari PEMBINA Melaka. Adalah diharapkan sessi muzakarah antara PEMBINA kawasan dan pusat mampu mencetuskan idea yang positif dalam menyusun agenda ummah yang lebih terancang.

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: