Karnival Sukan ISMA (Wanita) Cawangan Melaka

Sg. Udang: Bagi memastikan agar cara hidup Islam dinikmati bersama dari segala sudut, akhawat daripada Persatuan Belia Islam Nasional dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Melaka telah mengadakan Karnival Sukan (Wanita) atau ‘Sports Carnival Sisters’ bertemakan ‘Refresh, Relax and Reflect Towards Healthy Body and Soul’ di kalangan belia wanita di Hutan Rekreasi Sungai Udang. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hidayahNya, karnival ini yang mempertandingkan Acara ‘Captain Ball’ sebagai permainan utamanya telah berjaya dilaksanakan dan disertai oleh peserta-peserta wanita daripada tiga institusi pengajian tinggi iaitu Kolej Teknologi Islam Antarabangsa (KTIAM), Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan Politeknik Merlimau. Bahang daripada semangat peserta-peserta untuk menyertai pertandingan sudah boleh dirasakan lagi di awal pertandingan justeru kekuatan dan komitmen mereka untuk pergi ke Sungai Udang atas usaha sendiri biarpun memiliki jadual yang ketat dan juga atas semangat berpasukan yang ada pada mereka sehingga tampil di hari tersebut dengan berpakaian kemeja-T sama warna.

Program yang bermula seawal 9 pagi dengan sesi ta’ruf, disusuli dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh wakil daripada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa dan Kolej Matrikulasi Melaka kemudiannya diteruskan dengan pertandingan ‘Captain Ball’ sebagai acara dominan yang mengisi slot karnival pada hari tersebut. Permainan ini yang lebih mirip kepada permainan bola jaring telah mempertemukan dua pasukan belia wanita iaitu pasukan daripada Kolej Matrikulasi Melaka dan pasukan gabungan daripada KTIAM dan Politeknik Merlimau. Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain.

Sebaik permainan dimulakan, suasana riuh jelas kedengaran dek semangat riang yang berkobar-kobar dan daya saing yang begitu mantap di kalangan peserta untuk cuba menjuarai pertandingan tersebut. Acara pertandingan kelihatan lebih rancak dan mencuit hati dengan adanya gabungan aksi gelagat peserta wanita yang sudahpun memiliki cahaya mata dan remaja wanita. Pemandangan menarik hutan rekreasi disertai dengan hidangan kuih, sandwic dan minuman pada hari tersebut semacam meredakan keletihan para peserta akibat bermain dan terdedah kepada sinar terik cahaya matahari.

Karnival Sukan ISMA (Wanita) diakhiri dengan ucapan penutup beserta pengisian ringkas tentang pentingnya cergas tubuh badan dan ukhuwwah serta disudahi dengan sesi kemuncak iaitu penganugerahan Piala Pusingan Karnival Sukan ISMA (Wanita) kepada johan pertandingan ‘Captain Ball’ iaitu pasukan daripada Kolej Matrikulasi Melaka.

Disediakan oleh,
Ukhti Amalia,
Pengarah Karnival Sukan Sisters

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: