Program Motivasi Pelajar: ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’ di Kampung Lapan, Melaka

Kampung Lapan, Kesidang, Melaka: Segala puji bagi Allah atas limpah hidayahNya, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Lapan telah berjaya menganjurkan Program Motivasi Pelajar; ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang‘ di Surau Kampung Lapan. Kejayaan seumpama ini merupakan satu kegembiraan yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat justeru kedua-dua pihak memiliki aspirasi yang sama yang perlu dikecapi daripada program ini iaitu sebagai satu usaha padu ‘Ke Arah Pembentukan Generasi Wawasan‘.

Ternyata, program tersebut mendapat sambutan masyarakat apabila terdapat seramai 36 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan dari Kampung Lapan dan sedikit dari kawasan sekitarnya menyertai program ini. KRIM yakin bahawa angka yang besar ini merupakan salah satu hasil daripada galakan dan sokongan tenaga yang dicurahkan oleh penduduk Kampung Lapan memandangkan tugasan menyebarkan maklumat tentang program adalah dikendalikan oleh mereka. Bukan setakat itu sahaja, ibu-ibu di kalangan penduduk Kampung Lapan juga bersusah-payah menyediakan juadah makanan yang enak kepada para peserta.

Majoriti daripada para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan selebihnya adalah pelajar sekolah rendah. Program yang dimulakan seawal 9.30 pagi dengan sesi pendaftaran telah disusuli dengan Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Lapan. Kemudian, program diteruskan pula dengan tayangan video tentang remaja sebelum pembentangan ceramah motivasi pelajar oleh Pengarah KRIM cawangan Melaka sendiri, iaitu Akh Mursyidi bin Mohammad.

Rata-rata, kelihatan para peserta dan ibu bapa yang hadir di situ memberikan perhatian mendalam kepada ceramah dan menikmati sesi ‘permainan’ yang diadakan. Bentuk permainan adalah lebih bermotifkan pencabaran minda para peserta khususnya di mana pengajaran yang ingin diperoleh adalah remaja perlu bersikap kreatif agar pemikiran yang negatif dibuang jauh daripada minda pelajar dan digantikan dengan pemikiran yang optimis. Pengarah KRIM juga membawa kisah-kisah sahabat dan pemimpin Islam dahulukala agar remaja dapat jadikan mereka sebagai qudwah dan inspirasi dalam meniti kehidupan di dunia yang penuh dugaan untuk meraih redha Illahi. Program tamat sebelum masuknya waktu solat fardhu Zohor dengan ucap terima kasih oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Lapan dan penyampaian cenderahati sesama KRIM dan Persatuan Penduduk Kampung Lapan.

Disediakan oleh,
Ukhti Amalia,
S/U Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: