Archive for March, 2008

Perkhemahan PEMBINA Melaka 2008

poster-gunung-datuk1.jpg

KRIM Melaka raih Juara Futsal ISMA Johor 08

Kampung Lapan, Melaka: Sebagai menunaikan jemputan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor Bahru yang menganjurkan Karnival Futsal dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), ISMA Melaka telah menghantar dua pasukan futsal yg terdiri daripada julat umur KRIM dan PEMBINA. Rombongan seramai 16 orang itu diketuai oleh Pengarah KRIM Melaka, Saudara Mursyidi Mohammad sambil diiringi oleh Pengarah PEMBINA Melaka, Saudara Muhammad Lukman Al Hakim. Tepat jam 7.10 malam, rombongan bertolak dari Surau Kg Lapan, dimulai dengan bacaan doa bersama dan tiba di Pejabat ISMA JB jam 11 malam. Sebelum melelapkan mata, ahli rombongan berkesempatan untuk bertaaruf sesama sendiri buat pertama kalinya. Rata-ratanya merupakan penuntut SMK Tun Tuah dan Universiti Multimedia Melaka (MMU).

Usai santapan sarapan pagi bersama-sama, rombongan terus bertolak ke Dataran Riadah at-Taqwa, Taman Pulai Utama, tempat berlangsungnya Karnival Futsal. Suasana di dataran riadah pagi tersebut amat meriah dengan penyertaaan sebanyak 13 pasukan remaja dari sekitar Skudai, Senai, Sg Renggam dan Melaka dalam kategori remaja sementara 8 pasukan dari institut pengajian tinggi seperti UTM Skudai, UiTM Johor Bahru, YPJ dan MMU mengambil bahagian dalam katogeri Belia.

Menjelang perlawanan, pasukan KRIM kelihatan sedikit gelisah menunggu kelibat jurulatih mereka yang tidak kunjung tiba dari kampungnya. Keringat peluh menitik laju seiring putaran jam yang semakin ligat. Maklumlah, turun ke padang Futsal buat pertama kalinya, pasukan Kg. Lapan FC yang membariskan pelajar belasan tahun amat mengharapkan tunjuk ajar jurulatih mereka. Setelah sabar menunggu, para pemain Kg. lapan akhirnya berupaya menghela nafas lega sejurus melihat kelibat Continue reading