KRIM Melaka raih Juara Futsal ISMA Johor 08

Kampung Lapan, Melaka: Sebagai menunaikan jemputan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor Bahru yang menganjurkan Karnival Futsal dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), ISMA Melaka telah menghantar dua pasukan futsal yg terdiri daripada julat umur KRIM dan PEMBINA. Rombongan seramai 16 orang itu diketuai oleh Pengarah KRIM Melaka, Saudara Mursyidi Mohammad sambil diiringi oleh Pengarah PEMBINA Melaka, Saudara Muhammad Lukman Al Hakim. Tepat jam 7.10 malam, rombongan bertolak dari Surau Kg Lapan, dimulai dengan bacaan doa bersama dan tiba di Pejabat ISMA JB jam 11 malam. Sebelum melelapkan mata, ahli rombongan berkesempatan untuk bertaaruf sesama sendiri buat pertama kalinya. Rata-ratanya merupakan penuntut SMK Tun Tuah dan Universiti Multimedia Melaka (MMU).

Usai santapan sarapan pagi bersama-sama, rombongan terus bertolak ke Dataran Riadah at-Taqwa, Taman Pulai Utama, tempat berlangsungnya Karnival Futsal. Suasana di dataran riadah pagi tersebut amat meriah dengan penyertaaan sebanyak 13 pasukan remaja dari sekitar Skudai, Senai, Sg Renggam dan Melaka dalam kategori remaja sementara 8 pasukan dari institut pengajian tinggi seperti UTM Skudai, UiTM Johor Bahru, YPJ dan MMU mengambil bahagian dalam katogeri Belia.

Menjelang perlawanan, pasukan KRIM kelihatan sedikit gelisah menunggu kelibat jurulatih mereka yang tidak kunjung tiba dari kampungnya. Keringat peluh menitik laju seiring putaran jam yang semakin ligat. Maklumlah, turun ke padang Futsal buat pertama kalinya, pasukan Kg. Lapan FC yang membariskan pelajar belasan tahun amat mengharapkan tunjuk ajar jurulatih mereka. Setelah sabar menunggu, para pemain Kg. lapan akhirnya berupaya menghela nafas lega sejurus melihat kelibat kelisa hitam memasuki perkarangan dataran riadah.

Semangat kesukanan dan kerjasama sepasukan telah ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dari Melaka. Kemenangan demi kemenangan diraih oleh pasukan KRIM Melaka (Kg Lapan FC) yang diketuai oleh Saudara Fareez dengan tunjuk ajar dari jurulatih, Saudara Khair Razlan sehingga akhirnya berjaya memenangi johan kategori remaja dengan rekod tanpa kalah. Walaupun pasukan PEMBINA Melaka (Muslimeen United FC) telah memulakan permainan dengan baik, namun mereka tewas ketika peringkat separuh akhir dan memperoleh tempat keempat setelah tewas tipis dalam perlawanan penentuan. Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.

Pasukan Kg Lapan FC dinobatkan sebagai juara ketegori remaja manakala kategori belia dimenangi oleh pasukan UTM Skudai. Pengarah Projek Karnival Futsal, En Wan Asri berpuashati dengan perjalanan program yang julung kali diadakan ini. Dengan kelancaran program kali ini, beliau mencongak congak untuk menjadikan acara tersebut sebagai aktiviti tahunan bagi menarik minat remaja dan belia melakukan aktiviti yang sihat tersebut terutamanya bagi masyarakat Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

futsal-johor-64.jpg

Selesai sessi penyampaian hadiah dan bergambar, rombongan Melaka sempat melawat Danga Bay sambil melihat tanah tambak Singapura di seberang laut. Alhamdulillah lebih kurang jam 8.00mlm rombongan selamat tiba di Melaka dan pulang ke rumah masing-masing membawa kenangan manis bersama.

Gambar-gambar aksi para pemain Futsal Johor 08 boleh diperolehi dengan melayari http://www.ismamelaka.net/aktiviti/Futsal Johor 08

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: