Jalan-Jalan Cameron Highlands

Cameron Highlands, 21-23 Mac 2008: Dingin malam menusuk tulang insan. Rasa resah kerana sudah lama tidak berjaulah beramai-ramai untuk jarak yang agak jauh. Rombongan akhawat PEMBINA Melaka, dan turut disertai oleh “a band of ikhwah“, bertolak dari Melaka ke meeting point pertama, di R&R Seremban.

Terasa bak hijrah Rasulullah SAW, permusafiran kali ini pasti mengundang excitement, surprise dan ujian yang tersendiri. Yang pasti, setiap langkah kaki peserta jaulah disertai niat moga pemusafiran yang dilalui dapat mencapai redha Allah.

Cameron Highlands, itulah destinasi yang ingin ditujui. Tergambar dalam minda setiap peserta jaulah, bukit-bukau menghijau, hawanya dingin. Terbayang flora dan fauna yang pastinya akan menyegarkan jiwa yang lesu dek urusan harian di universiti, atau di tempat kerja.

Dengan bilangan peserta mencecah 28 orang, menaiki 3 UNSER dan 1 NAZA, rombongan kami berlalu memecah kesunyian lebuhraya di waktu malam, dan tiba di R&R Tapah lebih kurang pukul 3.15 pagi. Ada peserta jaulah yang terus ke surau untuk menyambung rehat, dan ada yang pekena teh tarik terlebih dahulu.

Tazkirah CHCuaca dingin, masing-masing mengantuk dan keletihan, terutama sekali para pemandu. Mudah-mudahan keletihan memandu diterima sebagai amal hirasah menjaga perbatasan di medan perang.

Azan Subuh mengejut peserta jaulah, semua bergegas untuk hemat diri. Solat Subuh berjemaah untuk ‘recharge‘ minda dan tubuh, membaca ma’thurat sughra beramai-ramai sebagai pembuka hari, moga lebih berkat. Tika perut sudah terasa berkeroncong, para peserta jaulah berpusu mencari gerai untuk bersarapan. Pukul 7.15 pagi, sessi tazkirah sebagai pembuka jaulah. Sama-sama peserta jaulah diingatkan dengan nikmat Allah, dan mengapakah berjalan melihat bumi Allah dijadikan sebagai salah satu tuntutan dalam Islam.

  1. Allah suruh kita berjalan melihat bumi, supaya kita menjadi hamba-hambaNya yang genius, kerana selalui berfikir. Seperti firman Allah, dalam Surah Ali Imran:190-191, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka
    1. Allah suruh kita berjalan melihat bumi, supaya kita merindui syurganya. Kerana apa sahaja yang ada di dunia ini, merupakan sekadar replika syurga. Kalau kita lihat sungai di dunia sangat indah dan tenang, maka hendaklah kita rasakan, dan rindukan syurga kerana di situ sungainya jauh lebih indah dan mendamaikan. [Lihat 13:35]
    2. Allah suruh kita berjalan melihat bumi, supaya kita kita melihat akibat-akibat generasi terdahulu yang tidak mahu beriman kepada Allah (terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang hal ini). Ini supaya kita berasa insaf, terhadap sifat dunia yang sementara, dan akibat kufur kepada Allah. Contohnya, jika kita melihat Laut Mati yang unik dan mengasyikkan, hendaklah kita beringat bahawa di dasar Laut Mati itu ada satu kaum yang ditenggelamkan lantaran mereka mencari kemurkaan Allah. Di Cameron Highlands ? Bagaimana pula…
    3. Allah suruh kita berjalan melihat bumi, supaya kita menjadi hamba-hambaNya yang mengingati akan kebesarannyaDan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, dan tanda-tanda . Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan?” Surah An Nahl:15-17

    Dalam pukul 7.45 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui pintu masuk Simpang Pulai. Dalam pukul 9.30 pagi, kami sampai di destinasi pertama, Rose Valley. Satu taman bunga yang unik, bukan sekadar bunga ros, malah kaktus, bunga-bunga lain, dan haiwan comel turut ada di situ. Aktivti pertama kami, “Shop Till Drop”, setiap kumpulan diberikan satu “clue” untuk membeli satu barang yang berharga di bawah RM2.00. Rupa-rupanya, setiap kumpulan disuruh untuk membeli, benih, pasu bunga, air, tanah .. untuk menanam pokok J. Kemudian disusuli dengan tazkirah Hadith Kurma, iaitu peringatan daripada Rasulullah bahawasanya sekiranya esok akan berlaku kiamat, dan di tangan kita masih ada sebutir kurma. Hendaklah kita menanamnya. Walaupun, kita tidak mungkin akan sempat merasai hasilnya, tetapi setiap amal itu dikira berdasarkan usaha kita dan bukannya natijah.

    Destinasi seterusnya, ke Cactus Point. Melihat pelbagai jenis kaktus unik. Aktiviti di sini adalah menyusun “jigsaw puzzle” Sejarah Islam sejak kelahiran Rasulallah S.A.W sehinggalah kejatuhan khilafah islamiyah pada tahun 1924. Semua peserta jaulah memeras idea, peluh dalam usaha merungkai kembali fakta-fakta yang pernah dipelajari bersama dahulu, untuk menyelesaikan “jigsaw puzzle”. Akhirnya, ianya berjaya disiapkan dalam masa 20 minit!

    Perut sudah berkeroncong kerana lapar. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Brinchang untuk makan tengahari, dan membeli belah. Kemudian, kami meneruskan kembara ke Kimanis Strawberry Farm. Para peserta jaulah sibuk ingin membeli strawberi. Ada yang beli aiskrim strawberi. Ada juga yang minum jus strawberi. Tapi sedikit terkilan kerana setelah puas beli strawberi, barulah kami tahu bahawa kami sebenarnya boleh “pick-your-own strawberry“.

    Langit mencemburui kami. Hujan turun rintik-rintik dan akhirnya bertambah lebat. Moga Allah menurunkan hujan yang bermanfaat. Kami meneruskan perjalanan ke Smoke House. Rumah peninggalan penjajah British. Aduh, mengapa pula ingin kami agungkan binaan penjajah ini. Bukannya apa, sekadar mencari pengalaman dan belajar. Hujan semakin lebat, kami tidak dapat turun dari kenderaan untuk menangkap gambar di situ. Semua peserta jaulah hanya mampu melihat dari dalam kenderaan masing-masing.

    Sepanjang perjalanan kami, semua peserta saling berta’ruf dan berkenalan. Al maklumlah, ramai yang sebelum ini tidak pernah berkenalan kerana datang dari IPT yang berbeza.

    Jam menunjukkan hampir 4 petang. Masing-masing kelihatan sangat gembira walaupun kelopak mata sedikit menunjukkan keletihan. Kami semua bertolak ke destinasi penginapan, Alina Holiday Apartment. Alhamdulillah, apartment penginapan kami sangat selesa. Kami bersolat jama’ ta’khir Asar-Zohor bersama. Kemudian, semua orang berebut bilik air untuk mandi, ada yang tidur berehat, ada yang sibuk sambung berta’ruf. Ada yang ke dapur untuk menyediakan makan malam.

    Di waktu malam, kami solat Jama’ taqdim Maghrib-Isyak bersama. Membaca ma’thurat sughra. Kemudian makan malam, walau sekadar berlauk sardine dan telur dadar, kami berselera, malah bertambah-tambah pula. Kemudian, kami bernasyid bersama. Dan mendengar pembentangan tentang hadith ghulam, iaitu hadith tentang seorang budak bijak yang berjaya membawa satu negara mentauhidkan Allah. Hadith ini diriwayatkan dari Shuhaib Ar Rumi. Pukul 11 malam, kami semua sudah bersedia bergulung di dalam selimut, untuk tidur. Yang pastinya tidur kami pada malam itu sangat nyenyak dan selesa.

    Pagi Ahad dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan bacaan ma’thurat sughra. Kemudian, aktiviti berkumpulan, iaitu pembentangan kisah-kisah Sahabat Rasulullah SAW. Ada 3 kumpulan yang membentangkan perihal Muadz bin Jabal, Abdullah Ibn Mas’ud dan Tufayl, Radhiyallahua’nhuma.

    Menarik, moga kecintaan terhadap golongan yang soleh akan menjadikan kami bersemangat mengikut jejak langkah mereka.

    Kemudian kami bersarapan pagi, dan berhemat diri. Dan mengemaskan tempat penginapan kami.

    Jaulah kami diteruskan ke Pasar Sungai Palas. Hampir sejam lebih kami membeli belah sayur-sayuran, buah-buahan dan cenderamata.

    Kemudian, pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, kembara ke Ladang Teh Boh. Pemandangan yang sangat dingin, hijau dan cantik. Di sini, ada yang menikmati teh, walaupun di rumah jarang-jarang sekali minum air teh. Semua orang pun mengambil kesempatan bergambar dengan bermacam gaya .

    jaulah-cameron-170.jpg

    Kembara kami, bersambung di Multicrops Central Market, nampak gayanya peserta jaulah tidak jemu-jemu membeli belah.

    Kemudian, kami bertolak ke Pekan Brinchang untuk makan tengahari. Dan seterusnya kembara kami berakhir di Lata Iskandar. Air terjun yang menggamit perasaan. Di situ, kami mendengar kisah Abdullah Ibn Maktum, seorang sahabat Rasulallah yang buta matanya, tetapi celik hatinya.

    Kami meneruskan perjalanan pulang, dan singgah di Masjid Tapah. Hati sangat berat untuk berpisah, kerana ukhuwah yang tersemai sepanjang berjaulah membina ikatan yang sangat kuat. Selepas ini, semua orang akan kembali ke rutin masing-masing. Moga pengalaman jaulah kali ini, dapat memberi keinsafan dan semangat baru, untuk meneruskan perjalanan di atas jalan dakwah dan tarbiyah.

    Coretan Perjalanan,
    Ukhti Hidayah
    Ameerah Jaulah CH

    One response to this post.

    1. salam..
      jaulah yang takkan dilupakan..
      jzkk atas pengalaman yang bermanfaat..
      ukhuwah fillah abadan abada

      Reply

    Leave a Reply

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: