PEMBINA Melaka Takluk Gunung Datuk.

Gunung Dato’, Rembau; 4 – 6 April 2008: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dengan jayanya telah menganjurkan perkhemahan tahunan buat julung-julung kalinya bertempat di kaki Gunung Datuk, Rembau. Seramai lebih daripada 30 orang peserta dari serata IPT tempatan sekitar Melaka dan Johor Utara telah mengikuti program 2 hari 2 malam ini.

Perkhemahan yang bertemakan “Singa di siang hari, Rahib di malam hari” menekankan peri pentingnya 10 ciri individu muslim yang telah digariskan oleh Imam As Syahid Hasan Al Banna. Sebaik sahaja para peserta tiba di tapak perkhemahan pada Jumaat malam, mereka telah bersama-sama mendirikan khemah sebelum sessi perkenalan dan makan malam.

Aktiviti pagi bermula sejurus selepas Solat Subuh dengan peserta memulakan pendakian ke puncak Gunung Datuk. Pendakian yang di ketuai oleh Saudara Khair Razlan selaku Kem Komandan ini di selang – selikan dengan pengisian dan aktiviti-aktiviti yang menyentuh tentang 10 ciri individu muslim. Dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut, kemuncak tertinggi di daerah Rembau ini telah berjaya kami takluki dalam masa lebih kurang 3 jam. Segala penat lelah telah terubat dengan melihat keagungan Allah dari puncak berbatu yang menyajikan pemandangan yang meliputi dari kebiruan perairan Selat Melaka hingga ke kehijauan hutan rimba dan kecerahan langit. Para peserta tidak melepaskan peluang semasa berada di puncak gunung dengan sempat mengabadikan kenangan dalam sessi fotografi.

Mukhayyam08

Selain aktiviti pendakian, aktiviti ” ukhuwah-building” yang merangkumi aktiviti di sungai dan darat juga turut dijalankan bagi menguji ketahanan fizikal di samping memantapkan ukhuwwah antara peserta. Hujan tidak menjadi penghalang kepada para peserta untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak urusetia. Selaras dengan tema dan konsep perkhemahan, setiap aktiviti dihubung-kaitkan dengan 10 ciri individu muslim dan perlaksanaannya dalam kehidupan para peserta yang bukan sahaja sebagai seorang pelajar tetapi juga yang lebih penting lagi sebagai khalifah di muka bumi ini.

Pada malam terakhir, para peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam Malam Kesenian Islam. Para peserta dihiburkan dengan lakonan, nyanyian dan persembahan spontan lagi kreatif masing-masing.

Setelah bersama-sama melalui suka dan duka sepanjang program, tibalah masa untuk perpisahan. Upacara penutup dirasmikan oleh Saudara Lukman Al Hakim selaku Presiden PEMBINA Melaka yang turut berbesar hati dengan keterlibatan para peserta dari MMU, UTEM, KPM, UniKL, Muar dan lain-lain dalam menjayakan perkhemahan sulung PEMBINA Melaka. Semoga perkhemahan ini menjadi titik tolak dalam perkembangan dan pentarbiyyahan golongan pemuda yang akan menjadi “rijal” yang mampu menjadi agen perubahan masyarakat. Pihak urusetia turut ingin merakamkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan kelancaran dan keselamatan sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh,
Al-Akh Yasser Arif
Pengarah Perkhemahan PEMBINA Melaka 2008

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: