Wanita, Ibu & Mujahidah

Pejabat ISMA Melaka, Taman Angkasa Nuri; 20 April 2008 – Bertemakan wanita, ibu & Mujahidah..satu program telah diadakan di Pejabat ISMA Melaka dengan harapan agar program ini dapat mengukuhkan ukhuwah sesama akhawat ISMA di Negeri Melaka. Selain itu, antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memacu kebolehan bekerjasama di kalangan akhawat, menambah ilmu pengetahuan tentang “Penyusuan Susu Ibu”, menghidupkan nilai-nilai keimanan di kalangan akhawat sebagai bekalan di dalam baitul muslim serta menanam nilai-nilai akhlak Islami sebagai persediaan dakwah kepada masyarakat.

Program dimulakan kira-kira jam 12.00 tengahari, dengan setiap akhawat tiba bersama lauk dan hidangan yang cukup menyelerakan untuk dikongsi bersama. Usai solat Zuhr secara jamaie dan menjamah hidangan, sedikit presentation dikendalikan oleh Ukht Hidayah berkenaan perihal wanita dan refresh nostalgia Jaulah Cameron Highlands. Kemudian giliran Kak Sita, Ketua Wanita Isma Melaka memberikan amanatnya, antara perkara yang disentuh oleh Kak Sita adalah;

  • Syukuri nikmat Allah & perbaharui niat.
  • Saidina Umar sentiasa memulakan langkah dengan niat yg baru.
  • Perlu iltizam dengan Islam & terus istiqamah.
  • Wanita-ada peranan2nya – ibu, anak, isteri..
  • Kerja dakwah = kerja asasi – tiada pilihan – firman Allah – kalau kamu tak mahu lakukannya Allah akan ganti dengan kaum lain yang lebih mencintai Allah.
  • Program kita mission oriented, bukan program oriented.
  • Sumbangan untuk facelift pejabat ISMA

Selesai ucapan Kak Sita, tibalah aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu Ukhuwwah Building. Akhawat dibahagikan kepada 4 kumpulan. Aktiviti pertama adalah menyediakan satu hidangan yang sedap, kreatif menggunakan bahan2 yang diberikan dalam masa 15 minit. Lucu sungguh melihat akhawat berhempas pulas dan hasilnya..sangat menakjubkan! Berikut adalah beberapa resipi yang dihasilkan;

YM

  • Syarikat Baitul YM
  • Resipi: Blossom Wantan
  • Objektif: Memenuhi selera ibu2 yang penat bekerja dan anak2 yang kurang selera makan.
  • Keistimewaan: Blossom diikat guna kulit pisang

HS

  • Syarikat HS
  • Resipi: Sandwic Pizza Lasagna
  • Lebih mudah disediakan oleh ibu2 yang sibuk bekerja, menyelaran
  • Keistimewaan: Ringkas untuk disediakan & menarik perhatian

NI

  • Syarikat NI
  • Resipi: Kon buah-buahan dan kek lazat berkoktail
  • Dijamin sedap, sesuai untuk menarik selera kanak-kanak.
  • Ada 2 hidangan: hidangan pembuka + dessert (2 dalam 1)

SI

  • Syarikat Kami Ingin Menjadi Kreatif
  • Resipi: Dessert Ukhuwah terjamin kekenyanyangan terjamin
  • Target: Kanak-kanak – menarik untuk dimakan
  • Senang disediakan – main campak – nampak warna warni.

Aktiviti yang kedua adalah mencipta moto atau cogankata untuk akhawat menggunakan bahan – bahan terpakai yang ada di Pejabat dalam masa 20 minit. Alhamdulillah, setiap kumpulan berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya walaupun dalam keadaan keributan dan sangat meriah!

Akhirnya sewaktu akhawat sedang sibuk menyediakan cogankata, penceramah yang ditunggu, pakar O & G hospital Melaka telah selamat tiba dan kami terus ke agenda yang seterusnya iaitu pengisian mengenai penyusuan susu ibu. Banyak perkara yang disentuh oleh puan Doktor, antaranya adalah;

  • Pentingnya susu ibu
  • Bandingan susu ibu & susu formula
  • Posisi yg betul Penyusuan Bayi
  • Bagaimana menyusukan bayi dalam masa yg sama anda bekerja
  • Sokongan suami, rakan, majikan etc
  • Kelebihan/manfaat susu ibu tak terbanding dgn apapun
  • Kajian & peratusan susuan ibu
  • Q & A

Alhamdulillah, pengisian tamat kira-kira jam 5.00 petang dan akhawat bergegas untuk menunaikan asar secara jamaie dan menikmati high tea yang disediakan dan dibawa bersama. Akhirnya, akhawat beransur pulang dengan dakapan dan ingatan yang tidak akan pudar agar ukhuwwah yang disemai menjadi kekuatan dalam membina generasi pewaris dakwah seterusnya…

Disediakan Oleh,
Ukhti Usu,
Pengarah Program

One response to this post.

  1. waa..usu..bestnye di melaka =) prgm2 akhawat versi ibu ibu..hikhik

    Reply

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: