Kampung 8 Boys Ungguli Persada Nasional

UPM, Serdang: Masih segar lagi kejuaraan Futsal yang digondol tempohari di Johor, kali ini nama Pasukan Remaja KRIM Melaka semakin menjadi sebutan di peringkat Nasional. Apa tidaknya, Kampung 8 Boys selaku wakil KRIM Melaka berjaya mengungguli Kejohanan Bola Sepak Peringkat Remaja Nasional anjuran bersama ISMA dan KRIM bertempat di UPM Serdang dan UNITEN Bangi tanggal 7 Jun baru baru ini.

Bermula dengan latihan ringan dan sessi pengisian ruhani pada malam sehari sebelum berlepas, kejayaan ini dilihat sebagai hasil adunan mantap bukan sahaja dari aspek fizikal malah kekuatan mental dan persiapan psikologi para peserta remaja yang rata-ratanya pelajar sekolah menengah.

Setibanya di UNITEN untuk pendaftaran dan sessi pembukaan, pasukan Kampung Lapan telah menarik perhatian dengan mengenakan seragam merah garang. Mata hadirin tertumpu bila Kg. Lapan Boys memulakan latihan pemanas badan. Sepertinya telah bersedia lama untuk kejohanan ini, tidak dinafikan sedikit sebanyak kekemasan dan disiplin para remaja ini menghadirkan sedikit gerun kepada pihak lawan.

Kampung Lapan Boys memulakan bicaranya di atas padang dengan kemenangan bergaya 2-0. Tanpa kalah, Kg. 8 Boyz menjuaraai kumpulan dan melayakkan diri ke separuh akhir. Lawannya di peringkat itu adalah lawan yang sama ketika peringkat akhir Futsal di Johor tempohari. Walaupun agak gentar dan sedikit kepenatan, namun kekentalan semangat juang terpateri utuh di wajah para pemain. Percaturan bijak Pengurus pasukan dalam merancang pertukaran pemain membuahkan hasil apabila Kg. Lapan Boyz berjaya membenam lawan 1-0.

Begitupun, lawan yang menunggu di peringkat akhir bukan calang-calang. Rata-rata penonton memuji kecekapan dan skill tinggi pemain Rajawali FC yang didatangkan dari Bangi. Namun, Kampung 8 Boyz terlebih awal mencuri tumpuan apabila meledakkan gol pertama hasil tandukan penyerang sensasi, Alul. Seketika itu, serangan Rajawali bertali arus dan sudahnya berjaya menembusi benteng kental Kg. lapan yang diterajui Kapten Pasukan, Acap. Saling berbalas serangan, perlawanan yang mendebarkan ini berakhir dengan aksi dramatik. Setelah memperdayakan benteng terakhir lawan, Alul membuat turning cantik sebelum meledakkan rembatan kencang yang langsung menerjah laju ke gawang Rajawali FC. Pengadil membunyikan wisel yang turut menandakan penamat perlawanan. Apapun, para pemain Kg. Lapan Boyz memuji permainan lawan mereka dan turut menenangkan pihak lawan yang bersedih dengan kekalahan yang agak pahit diterima di penghujung masa itu.

Penat sehari sedikit terubat dan para pemain pulang ke Kampung Lapan mengukir senyum dek kerana berjaya meletakkan nama Kampung Lapan dalam Peta Dakwah di Malaysia hasil keberjayaan mereka didalam dan di luar padang. Bagi pihak ISMA Melaka, sidang redaksi mengucapkan tahniah buat rombongan peserta !!

Disediakan oleh
Sidang Redaksi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: