Menikmati alam ciptaan Allah – Edisi Tanjung Bidara

Pantai Tg. Bidara, Melaka: Dengan izin Allah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka cawangan Melaka Tengah telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar untuk bersama menikmati keindahan cakerawala ciptaan Tuhan sambil bersantai di persisiran pantai Tanjung Bidara.

Dalam edisi perkelahan kali ini, seramai 19 peserta lelaki dan 14 peserta perempuan belia yang rata-ratanya pelajar sessi pembelajaran baru Multimedia University telah bersama menjayakan program ini. Sessi perkongsian tentang kitar hidup mahasiswa, permainan berkumpulan, sessi mandi-manda dan tazkirah rohani mewarnai program sepanjang hari. Keraian awal seperti diharapkan mampu menimbulkan sedikit kesedaran awal di kalangan pelajar tentang peri-penting kebersamaan bersama rakan-rakan yang cemerlang sahsiah peribadinya seterusnya menyemai dan menjiwai sifat nasihat-menasihati di antara satu sama lain.

Dilaporkan oleh,
Al-akh Khair Razlan,
Pengarah Program.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: