Seminar Jati Diri Muslim – Antara Semalam dan Hari Ini

Multimedia University, Melaka: Tanggal  5 Julai 2008, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan izin Allah telahpun berjaya menganjurkan seminar “Jati Diri Muslim” hasil kerjasama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka dan Institusi Usrah Football Club (IUFC), MMU Melaka.

Seminar yang bermula seawal jam 9 pagi telahpun berjaya mengumpulkan kira-kira 20 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan dari IPT sekitar Melaka. Program yang bertujuan memberikan suntikan awal tentang jatidiri sebagai Muslim buat pelajar-pelajar sessi baru IPT tempatan antara lainnya juga berusaha menyeru golongan bijak pandai ini agar mampu melihat dan menganalisa kaitan langsung antara kecemerlangan sahsiah peribadi seorang Muslim dalam kehidupan siswa-siswi. Peserta dibentangkan dengan siri sejarah ketamadunan Islam yang serba ringkas dan padat pada sessi pagi oleh penceramah jemputan, Saudara Lukman al-Hakim yang juga Presiden PEMBINA Melaka.

Setelah santapan tengahari bersama, para peserta dibawa bersama menghayati peranan mereka sebagai seorang siswa Muslim. Pelbagai lontaran idea samada berbentuk visual mahupun audio dikongsikan bagi membolehkan peserta sejenak menganjak paradigma mereka bagi melihat kelangsungan dakwah dalam pusingan kehidupan harian mereka. Aturcara seharian ditutup dengan sedikit bengkel berkumpulan dan kesimpulan.

Pihak penganjur mengharapkan agar seminar ini mampu menjadi batu asas dalam meletakkan misi para peserta di universiti lebih jelas dan menanam jati diri yang unggul untuk berjaya sebagai Muslim dalam konteks yang lebih syumul

Disediakan oleh,
Al-Akh Khair Razlan
Penganjur Seminar Jati Diri Muslim.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: