Taklimat Isu Terkini Iraq

Multimedia University, Melaka: Tanggal 15 Julai 2008, Masjid al-Irshad, Universiti Multimedia Melaka bakal mencatat satu lagi sejarah apabila menganjurkan taklimat penerangan isu Iraq hasil kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dan Kelab Sejarah, MMU. Seminar yang bermula seawal jam 8 malam ini akan membawakan secara langsung berita-berita dan statistik terkini oleh speaker yang diterbangkan khas dari Iraq.

Rata-rata masyarakat hari ini tidak mendapat berita langsung tentang penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Islam Iraq. Pencerobohan Amerika dan kekejaman yang berlaku adalah di luar sangkaan ramai rakyat Malaysia hari ini. Justeru, ISMA merasakan tanggungjawab memberikan hebahan dan informasi tepat dan terkini agar rakyat Malaysia, muslim khususnya turut sama merasai penderitaan saudara mereka di Iraq.

ISMA cawangan Melaka amat mengharapkan kehadiran penduduk setempat beramai-ramai ke majlis ini disamping menghebahkan seminar ini di kawasan masing-masing. Sebarang pertanyaan berkenaan seminar ini boleh diajukan kepada Editor Sidang Redaksi ISMA Melaka, Saudara Khair Razlan di 013 – 393 0221.

Allahu al-Musta’an
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: