ISMA Negeri Sembilan bakal anjur Malam Air Mata Palestin

Ikatan Muslimin Malaysia, Negeri Sembilan: Menyedari peri pentingnya tanah Palestin dalam konteks ketamadunan masyarakat Islam, ISMA Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Malam Air Mata Palestin bertempat di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi, Negeri Sembilan tanggal 8 Ogos yang akan datang. Memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kesengsaraan saudara seakidah serta kesucian Masjidil-Aqsa yang rakus dicemar Yahudi laknatullah merupakan antara objektif program ini.

Program yang akan bermula seawal 2 petang Jumaat depan ini bakal menghidangkan informasi terkini kepada para pengunjung dalam bentuk pameran. Selain dari itu, para pengunjung juga boleh membeli sambil menderma di gerai-gerai jualan yang disediakan. Kemuncak program ini adalah Pidato Palestin pada sebelah malamnya yang akan disampaikan oleh wakil Aman Palestin. Bakal hadir, penyanyi nasyid tersohor tanah air, Nazrey Raihan turut tidak ketinggalan untuk menyerikan majlis. Justeru, adalah diharapkan para pembaca dapat menghebahkan informasi ini dan beramai-ramai hadir memberikan sokongan kepada aktiviti kesedaran tentang isu Palestin ini.

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: