KRIM Sana Sini…

Bengkel Pelajar Cemerlang

Masjid Al-Rahmah, Taman Bukit Rambai, Melaka: Tanggal 16 Ogos 2008, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka telah dijemput untuk menjayakan “Bengkel Pelajar Cemerlang” hasil kerjasama dengan Masjid Al-Rahmah, Taman Bukit Rambai.

Bengkel yang bermula seawal jam 8 pagi telah berjaya mengumpulkan seramai 145 pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dari sekitar Taman Bukit Rambai. Bertemakan “kejayaan dunia dan akhirat”, bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bagaimana untuk menjadi pelajar ceemrlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat di samping membentuk budaya dekat dengan masjid.

Pada sessi pagi, bengkel dimulakan dengan pembentangan bertajuk ” Siapa diri kita?” dan diikuti dengan “Petua menjadi Pelajar Cemerlang” oleh penceramah jemputan, Saudara Mursyidi yang juga Pengarah KRIM Melaka dan ditemani oleh isteri Nor Ruzaini. Melalui tayangan video, para peserta dibawa mengembara melihat kejadian alam yang menjadi bukti kewujudan Allah untuk mengenali siapa pencipta. Penceramah cuba berkongsi pengalaman sebagai pelajar dan petua-petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Usai santapan tengah hari, bengkel diteruskan dengan ujian minda dalam kumpulan dan pembentangan bertajuk “Wasiat Anak Soleh”. Video perjalanan hidup penguin and kelahiran bayi berjaya menarik perhatian peserta untuk lebih menghayati erti pengorbanan. Penceramah mengakhiri bengkel dengan menekankan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan haruslah bermula dengan diri masing-masing sejajar dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 11, “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib dan keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Tayangan Video Kampung Lapan

Kampung Lapan, Melaka: Pada hari yang sama juga, Kg Lapan Melaka sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Melaka telah mengadakan satu program tayangan video Muhammad Utusan Terakhir yang menjadikan remaja sekitar Kg 8 sebagai kelompok sasarannya.

Penduduk setempat menjemput pihak KRIM Melaka bersempena dengan aktiviti gotong royong membersihkan surau mereka. Pasukan Kadet Polis Sekolah Tun Tuah juga turut mengadakan program khidmat masyarakat pada hari yang sama. Bermula jam 9.30 pagi, program dimulakan dengan kata aluan daripada Amir Program, Akh Abdul Razak Kassim. Lebih kurang pukul 9.45 pagi, speaker dari laptop Akh Lukman mula memecah kedamaian pagi menangkap perhatian semua peserta yang terdiri daripada pasukan kadet polis dan remaja Kg 8 seramai lebih kurang 20 lelaki dan 20 perempuan.

Tayangan berlangsung hampir satu setengah jam. Setelah disajikan dengan satu tayangan yang dianggap menarik oleh mereka, beberapa soalan penilaian diberikan. Dalam beberapa kumpulan kecil, mereka memeras otak menjawab soalan sambil berharap mendapat hadiah yang disediakan. Setelah keputusan kuiz diumumkan, pihak surau Kg 8 telah siap sedia menyajikan hidangan makan tengah hari dengan juadah yang begitu menyelerakan. Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari, cenderamata dari pihak KRIM Melaka diserahkan kepada wakil penduduk dan program ditangguhkan.

Melalui borang penilain program yang diberikan, kebanyakan peserta menyatakan mereka dapat belajar tentang sirah nabi melaui video yang ditayangkan. Nama dan nombor telefon mereka juga berjaya dikumpulkan untuk mempromosikan program yang akan datang. Semoga program sebegini dapat dijalankan lagi agar nama KRIM dan ISMA amnya, terus mengharum di bumi Melaka yang bertuah ini.

Disediakan oleh
Sidang Editorial KRIM Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: