ISMA Melaka serbu Melaka Sentral

Melaka Sentral, Melaka: Anak kecil jalan berpegangan tangan, dipimpin rapi si ibu. Ayah sedang menatap surat khabar sambil menunggu pengumuman ketibaan bas yang dinanti. Pemandu bas pula sedang sibuk membeli makanan buat santapan berbuka, perjalanan jauh agaknya. Di kaunter, agak tenang, sesekali dijengah oleh pengguna yang ingin bertanya. Pemandangan biasa hujung minggu di Stesen Melaka Sentral.

Seketika itu, kelihatan sekumpulan pemuda menggalas beg kecil. Sesekali disapa orang yang sedang melangkah deras di jalanan, sesekali pula menunduk hormat menghulurkan sesuatu. Ceria seketika. Senyuman manis terukir di bibir pengunjung Melaka Sentral.

ISMA Melaka dan Ramadhan.

7 Ramadhan 1429 Hijriyah. Tarikh mulia ini menyaksikan barisan pemuda ISMA Melaka menyerbu Melaka Sentral untuk turut sama berkongsi aspirasi Ramadhan dengan mengedarkan juadah berbuka kepada para pengunjung perhentian bas Melaka Sentral dan kawasan sekelilingnya. Persiapan yang telah dimulakan seawal seminggu sebelum Ramadhan dengan pencetakan risalah kemudiannya mengumpulkan ahli ISMA untuk bersama menyediakan juadah berbentuk kurma dan air untuk edaran. Sudahnya, sukarelawan yang dijangka hanya sekitar 20 orang mencecah sehingga 50 orang pada petang itu. Penganjur turut melahirkan keterharuan perasaan dengan sambutan menggalakkan dari sukarelawan pelbagai tempat dari hujung Alor Gajah sehingga ke Merlimau Melaka.

Sukarelawan juga berkongsikan pengalaman pahit dan manis ketika turun ke medan dakwah secara langsung. Ada yang ditolak sekalipun dikatakan percuma, tak kurang juga ada yang bertanya untuk turut sama menjadi sukarelawan. Ada juga gelagat yang menarik dengan sudahnya menghulurkan sumbangan buat ISMA Melaka. Rata-ratanya, sukarelawan yang terdiri dari kalangan awal belia ini berpuas hati dengan aktiviti ini dan menunggu-nunggu Ramadhan 1420 H untuk sekali lagi menggamatkan masyarakat Melaka.

Sukarelawan juga turut mendapat laba “bubur lambuk” dari surau yang dikunjungi sebelum sekali lagi “mengalas” perut di rumah akhi Aizat. Setelah berteraweh jama’ie di Surau Kampung Lapan, para sukarelawan pun berlepas pulang ke tempat masing-masing.

DIsediakan oleh,
Biro Dakwah ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: