Lawatan JKP meriahkan Jamuan Aidilfitri ISMA Melaka.

.

Pejabat ISMA Melaka, Durian Tunggal: Jawatankuasa ISMA Pusat bersempena keberkatan Syawal telahpun mengadakan sessi lawatan ramah mesra bersama ahli ke cawangan ISMA di seluruh negara. Di samping menyemarakkan ukhuwah yang telah lama tersemai, ISMA Pusat juga berkesempatan berdialog tentang penyelarasan aktiviti ISMA seluruh negara demi memastikan impak yang konsisten dan seimbang. Dialog “Lonjakan Amal” ini menyasarkan untuk ISMA terus memacu langkah dalam usaha mengesani masyarakat untuk beramal dengan amal Islami secara menyeluruh.

Jawatankuasa ISMA Pusat juga menyampaikan amanat Tuan Presiden, Ustadz Abdullah Zaik, untuk ahli ISMA terus berani menongkah arus seterusnya menyusun amal da’wah yang lebih berkesan di tengah  masyarakat. Slogan ‘memasyarakatkan’ da’wah ISMA sedikit sebanyak mencorak pola fikir yang lebih anjal dan berdaya saing yang seterusnya pasti menuntut pengorbanan yang lebih dari ahli di peringkat akar umbi. Apapun, yang pasti, ianya sedikit sebanyak membakar semangat ahli ISMA Melaka untuk terus mendaulatkan akidah Islamiyah di bumi Hang Tuah ini.

Di kesempatan itu juga, ahli ISMA Melaka tidak ketinggalan untuk menyambut Aidilfitri yang datang sekali setahun itu. Jamuan kecil-kecilan diadakan dengan anak kecil diraikan dengan pelbagai aktiviti yang menceriakan. Pelbagai juadah hasil tangan kaum ibu menjadi santapan setelah sessi dialog berlangsung. Jamuan bersurai jam 11 dengan masing-masing mengenggam agenda yang lebih kemas untuk bersama masyarakat setempat.

Di kesempatan ini, Sidang Editorial ISMA Melaka menghulurkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Minal aidil wal Faizin….

Disediakan oleh,
Sidang Editorial ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: