Debaran menanti SPM 2008

Tika dan saat ini, saya percaya adik-adik pelajar Tingkatan 5 penuh dengan debaran sementara menanti saat bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang masih berbaki hanya beberapa hari. Tanggal 11 November 2008 akan menjadi tarikh keramat yang akan tersemat di ingatan  mereka. Di kesempatan ini, KRIM Melaka ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa tips-tips sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Menjelang hari peperiksaan, selain memastikan persediaan dari aspek mental (seperti mengulangkaji pelajaran dan berlatih menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun yang lalu), turut tidak ketinggalan untuk tidak diabaikan ialah persediaan dari aspek rohani dan jasmani. Antara yang dicadangkan:

Persediaan rohani:

  • Ikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT
  • Memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, qiamulail dan membaca al-quran
  • Memperbanyakkan berdoa
  • Memohon kemaafan dan keberkatan dari ibu bapa, guru dan rakan-rakan

Persediaan jasmani:

  • Menjaga permakanan yg sihat, halal dan seimbang
  • Tidur dan rehat yang mencukupi
  • Bersenam

.

Sedikit pesanan saya buat adik-adik ketika sudah berada di dalam dewan peperiksaan,

  • Mulakan dengan kalimah pujian bagi Allah SWT, dan doa agar hati sentiasa tenteram.
  • Selawat dan berzikir serta pohonlah pertolongan Allah SWT sekiranya terlupa, “blank-out” atau mula merasakan kegelisahan atau “anxious”.
  • Mulakan dengan soalan mudah dahulu, sebelum soalan yang lebih mencabar.
  • Pastikan ada sensitif terhadap pengurusan masa menjawab soalan.
  • Fikirkan dahulu jawapan, sebelum menulis di atas kertas jawapan.

Akhir kata, saya mewakili KRIM Melaka ingin mengucapkan “Selamat Menempuh Peperiksaan SPM 2008” kepada semua pelajar Tingkatan 5 khususnya di Melaka. Kuatkan semangat dan usaha. Janganlah kita lupa berdoa dan berserahlah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dan mencapai apa yang dicita-citakan insyaAllah.

.

Ikhlas,

Mursyidi Bin Mohamad
Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM)
mursyidi [at] ismamelaka [dot] net

Sumber:

[1] Famsy Malaysia, http://www.famsymalaysia.com
[2] Seni Kehidupan. http://www.senikehidupan.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: