Perkhemahan ISMA 2008 Zon Selatan: Kun Sabbaqan!!

Kem Warisan PLKN, Masjid Tanah: “Kun Sabbaqan!!”. Slogan “Jadilah Pelopor” bergema di Kem Warisan Masjid Tanah tanggal 31 Oktober – 2 November yang lalu. Seramai kira-kira 53 orang dari seluruh pelusuk selatan Tanahair berkumpul di bumi Melaka bagi menghadiri acara tahunan, Perkhemahan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Peringkat Zon Selatan bagi tahun 2008.

.

 

“Jadilah Pelopor!!” dipilih menjadi tema perkhemahan kali ini seiring dengan aspirasi yang dilakar oleh ISMA Pusat yang menggesa ahlinya untuk terkedepan dalam segenap isu dan turun ke medan bersama masyarakat secara langsung. Program bermula seawal Jumaat dengan pendaftaran ahli.

Pihak ISMA Melaka yang dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah begitu berbesar hati menerima barisan mujahid da’wah dari Negeri Sembilan, Johor dan Melaka sendiri. Rata-rata peserta yang hadir kali ini dalam julat umur 20-an hingga 50-an. Peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti dengan konsep ala ketenteraan menjadi latar belakang perkhemahan kali ini. Dipengerusi dan diketuai oleh Kem Komandan dari Briged 10 Para Kem Terendak yang juga ahli ISMA Melaka, Mejar Bardan, kem pagi Sabtu itu dimulai dengan Latihan Kawad Kaki. Dari pekedai ke Tuan Penghulu ke barisan cikgu juga pensyarah, ke ahli perniagaan juga para agamawan, masing masing agak kekok bila diberikan arahan yang mungkin sudah lebih  10 tahun tidak didengar! Sudahnya, kem agak gamat dengan gelak sinis para peserta melihat keletah tukang pemberi arahan dan anak buahnya yang tampak melucukan.

Baris akan menghadap ke kiri… bertiga-tiga… Ke Kiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Pusing!!

Dari padang kawad, peserta ke latihan menempuh halangan. Seketika, mata mencari-cari peserta terbaik tahun lepas, Ustadz Aqib. Mungkin terkenangkan latihan perkhemahan yang lepas. Bagaimanapun, peserta tampak lebih bersedia tahun ini. Mungkin, takutkan terjelepuk ke dalam air menjadikan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam latihan kali ini. Sungguhpun memiliki paling ramai ‘askar’, Seksyen Alpha dengan tempikan semangat kesepasukanan dari akhi Zaim berjaya menjuarai latihan ini dengan catatan masa dibawah 10 minit. Lebih tepat, hanya 8 minit!!!

Sessi “Forest Survival” mengisi masa petang. Peserta diajar memasak ala tentera dan bagaimana untuk survive di dalam hutan. Juadah yang dimasak akhirnya dinikmati bersama ahli kumpulan. Setelah itu, para peserta bersedia untuk pertandingan bola tampar antara seksyen. Seperti sudah dijangka, Seksyen Alpha yang terdiri dari Platun Uhud dan Badar mengaum hebat di atas gelanggang. Faktor umur ditolak ketepi. Gabungan hebat ‘tentera’ Uhud dan Badar ini sama sekali tidak memberikan peluang kepada lawan. Akhirnya, pihak lawan Seksyen Beta dan Charlie terpaksa akur tunduk dengan “serve” tajam dan “provokasi” pengurus Seksyen Alpha.

Malam dimulakan dengan aktiviti keruhanian. Pembentangan tentang as-Syahid Sheikh Yusof Tala’at sedikit menghadirkan hiba. Hiba bertukar menjadi pembakar semangat. Apakan tidak, para peserta menyedari bahawa mereka merupakan antara rantaian kecil peyambung misi da’wah yang tidak pernah akan mati ini. Kemudian, sessi berjalan malam dimulakan. Menggalas beg ala tentera, peserta menempuh gelap malam menerjah ke medan hutan terbuka. Peserta kemudian sempat mempraktikkan ilmu perkhemahan yang dipelajari sambil berbengkel di dalam hutan sebelum merasa tidur beralaskan sang bumi dan bertemankan unggas dan cengkerik. Peserta kemudian menyambung mimpi di kem.

Pagi hari terakhir, sungguhpun penat berjalan, peserta tidak lupa untuk bangun Qiam, berta’abud kepada Yang Maha Pencipta. Tuntutan untuk menjadi pelopor di medan seharusnya menghadirkan kotak fikir yang lebih hebat dan tidak mudah tunduk pada amarah sendiri. Pengisian perkongsian kehidupan as-Syahid Sheikh Mohamad Faghali, antara pelopor gerakan Ikhwanul Muslimin menjadi antara pencetus semangat pagi itu. Sessi aktiviti jasmani kemudiannya memulakan hari. Usai bersarapan, Ustadz Ahmad mengambil alih dengan kendalian aktiviti yang berkisar tema perkhemahan.

.

Sessi Perkhemahan 2008 Zon Selatan disudahkan dengan sedikit sessi muhasabah program. Ustadz Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA kemudiannya menyampaikan sedikit amanat kepada para peserta sebagai penutup Perkhemahan 2008 kali ini. Adalah diharapkan dari perkhemahan seumpama ini, para dai’e senantiasa menjaga kecergasan dan kesihatan diri di samping memenuhi tuntutan perkhemahan kali ini. Mudah-mudahan, para peserta kembali ke tempat masing-masing dan sudah bersedia dengan agenda “Jadilah Pelopor!!”

Disediakan oleh,
Uni Media Perkhemahan ISMA 2008 Zon Selatan 


.: Mukhayyam 2008: Klik untuk dapatkan gambar aktiviti. :.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: