Bila anak-anak kecil ber’usrah’ …

8 Nov, Taman Merdeka, 2.30 petang –  Bertempat di taman merdeka, barisan anak-anak kecil NAZIM pewaris dakwah ISMA Melaka berkumpul sekali lagi untuk Usrah NAZIM julung-julung kalinya…bermula dengan pembahagian kumpulan, NAZIM diberikan kertas A4 untuk mereka mengisi data peribadi masing-masing dimana yang masih kecil di bantu acik-acik yang ada.

.

.

Usai menulis, sesi usrah dijalankan dan 2 tema dibentangkan oleh Kak Pah. Pertamanya adalah Aqidah bertajuk Ar Razzaq. Antara objektif yang ditekankan adalah membuka minda NAZIM supaya sensitif dengan setiap rezeki pemberian Allah, mengajak anak-anak bersyukur dan menggalakkan mereka bersedekah. Nazim juga diminta menyenaraikan segala rezeki anugerah Allah dalam bentuk tulisan dan lukisan. Selain itu, Nazim juga diminta menyebut makanan yang halal dan haram yang ada disekeliling mereka. Modul kedua adalah bertemakan seerah iaitu pekerjaan Rasulullah SAW semasa kecil. Antara objektif modul adalah memberi motivasi pada anak-anak mencari rezeki yang halal sebagai meneladani rasulullah dan membiasakan NAZIM dengan adab-adab yang mulia. Kemudian, soalan-soalan dilontarkan untuk menguji kefahaman mereka…

Setelah itu,  NAZIM dijamu dengan sedikit hidangan sebagai minum petang dan kemudian bersama-sama menunaikan tanggungjawab untuk solat asar yang diimamkan oleh adik Muktaz. Setelah solat, ada yg mengambil kesempatan tidur sebentar dan ada yang melakukan aktiviti mewarna. Kemudian NAZIM diajar untuk membaca dan menghafal dua buah surah lagi iaitu al Asr dan ad-Dhuha. Masa terluang disi dengan bermain dan merapatkan ukhuwwah sesama mereka sebelum akhirnya ummi dan abi menjemput mereka kira-kira jam 7 malam. Dan akhirnya mereka pun bersalaman dan berpisah dengan harapan akan berjumpa di program NAZIM akan datang!

Disediakan oleh,
Lujnah NAZIM

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: