NAZIM @ Zoo Melaka !!

Zoo Melaka, 21-22 Nov  2008: Indoor NAZIM! Keriuhan dan kecomelan NAZIM masih terngiang di ruang benak fikiran. Hari ini bertempat di Pejabat ISMA Melaka mereka berkumpul lagi!  Kali ini pastinya dengan aktiviti yang lebih menarik memandangkan mereka juga akan ‘outdoor’ keesokan harinya. Program di mulakan jam 6.30 petang yaumul jumu’ah yang barakah dengan kehadiran satu persatu kanak kanak comel diiringi ummi masing- masing. Seterusnya NAZIM didaftarkan satu persatu agar tidak keciciran dalam pembahagian kumpulan dan penentuan ‘mak angkat -anak angkat’ .  solat Maghrib dikerjakan secara jamaie dan diimamkan oleh adik Usaid pula kali ini…dan saat yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh NAZIM telah tiba iaitu waktu MAKAN! Mereka dihidangkan dengan nasi, telur dadar dan sup ayam..wah! sungguh menyelerakan sekali…adik iman dan adik nafeesatul wafa’ menjadi wakil tunggal adik lelaki dan perempuan yang menghabiskan makanan di dulang masing-masing setelah kakak-kakak dan abang- abang mengalah…;) jazakillah pada acik nana, acik yati dan acik imah dengan tajaan makan malam mereka.

Usai solat Isya’, aktiviti dimulakan dengan pendedahan cita-cita NAZIM pada Usrah NAZIM yang lepas kepada Ummi masing-masing. Ada yang ingin menjadi tentera, polis, pensyarah, saintis, doctor, guru dan ustaz..ternya kerjaya ummi dan abi memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi cita-cita NAZIM walaupun adik iman bercita- cita menjadi tukang masak..;). Sejak itu adik iman di gelar chef Iman setiap kali program NAZIM..adik Muktaz …Ustaz Muktaz…adik Usaid..sarjan Usaid…tidak ketinggalan Dr Nailah. Kemudian, Nasyid Demi Matahari oleh kumpulan Snada diputarkan, sungguh bersemangat sekali NAZIM berdiri dan menggayakan aksi mengikut lirik Nasyid dibantu oleh Ummu Insyirah dan Ummu Wafa’.

Acara kemuncak malam tersebut adalah tayangan video Nabi Adam as dan Nabi Nuh as yang dikendalikan oleh acik Nana. NAZIM di beri kelonggaran untuk beraksi dengan ‘gaya bebas’ sewaktu menonton video tersebut. Tayangan berakhir kira-kira jam 10.30 mlm dan sekali lagi mereka di beri minum malam dengan kastard jagung, bihun dan pisang  sebelum melelapkan mata menantikan hari esok.

Ayam berkokok menandakan satu lagi hari yang bersejarah bakal tercatat dalam calendar NAZIM, hari  yang bakal menyaksikan ulung kalinya NAZIM Melaka akan melakukan aktiviti outdoor mereka..bermula dengan solat subuh yang diimamkan oleh ‘ustadz’ Muktaz, dan sedikit tazkirah yg diberikan oleh Ummu Wafa’ ..mereka segera bersiap seawal jam 6.45 pagi setelah makan nasi gorengan acik yati…Jaulah zoo dimulakan dengan sedikit taklimat oleh ammu Zul sebelum masing-masing dibahagikan mengikut kenderaan masing-masing yang akan membawa mereka ke zoo. Aktiviti di zoo dikendalikan sepenuhnya oleh ammu Zul di bantu oleh ammu Amru dan ammu Nahrawi. Nazim diberikan sebatang pensel dan buku nota untuk menulis jawapan sepanjang aktiviti di zoo dan perlu dikembalikan sebaik saja aktiviti tamat. Sepanjang program di zoo, NAZIM dihiburkan dengan ‘Multi-animal show pada pukul 10.00 pagi dan pertunjukan gajah tepat jam 12.00 tengahari, 2 kali ustaz NAZIM iaitu adik Muktaz menjadi volunteer ke depan beraksi dengan kakak tua dan memberi makan gajah! Syabas ‘ustaz’ Muktaz! Kemudian NAZIM bergerak ke taman Botani untuk menikmati hidangan tengahari iaitu nasi, ayam goreng, telur rebus dan sup sayur! Sungguh lazat dan menyelerakan..syukran pada acik Behah, acik yati dan acik Faridah yang menyediakan hidangan tersebut.

Setelah itu, Nazim diberikan hadiah atas pencapaian masing2 dimana adik Aslam dan adik Manihah menjadi Naib Johan dan Johan untuk Kuiz dan aktiviti di Zoo. Kesemua NAZIM yang tidak berjaya juga diberi hadiah saguhati bagi mengiktiraf kerjasama mereka dalam menjayakan program kali ini dan akhirnya majlis bersurai jam 2.30 petang. Kelihatan  di  wajah mereka kegembiran dan kepuasan dalam program NAZIM kali ini walaupun hakikatnya mereka dalam keadaan keletihan dan mengantuk. Berjumpa lagi di lain kali!

Disediakan oleh,
Pengarah Program “NAZIM ke Zoo!”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: