Kem Remaja Muslim 2008: Misi Menawan Gunung Datuk!!

krim-2008-143

Gunung Datuk, Rembau, N.Sembilan: Segala puji bagi Allah. Tanggal 13 dan 14 Disember mencatatkan satu lagi sejarah baru bagi Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Melaka. Sehingga lebih kurang jam 10.00 pagi 13 Disember 2008, seramai 30 orang remaja lelaki dan 25 orang peserta perempuan telah mendaftarkan diri bagi Kem Remaja Muslim, anjuran KRIM Melaka bertempat di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Program bermula dengan ucapan aluan serta perasmian oleh Pengarah KRIM Melaka, Saudara Mursyidi Mohamad. Mood peserta dinaikkan lagi dengan pembahagian kumpulan dan taklimat tentang kem oleh Kem Komandan, Saudara Abdul Razak Kassim. Peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berusia semuda 9 tahun sehingga 17 tahun kemudiannya melakukan aktiviti  ice breaking dan berkenal-kenalan bagi menceriakan dan menaikkan lagi semangat  peserta yang  tampak masih diulit mood cuti sekolah yang panjang.

Setelah perut yang berbunyi diisi dan kewajipan solat ditunaikan, input peserta diisi dengan kisah pencarian kebenaran seorang sahabat nabi, Salman al-Farisi. Penyampaian bersahaja oleh Saudara Wan Najmudin, siswa MMU berjaya  membuatkan pendengar  tidak mengikut kata mata yang ingin tertutup. Bermula  jam 2.00 petang, peserta lelaki memulakan aktiviti khas di setiap checkpoint manakala peserta perempuan  “merasmikan”  air sejuk Gunung Datuk. Aktiviti yang mencakupi aktiviti seperti spider web, radio buruk dan permainan minda membuatkan peserta perlu berfikir di luar kotak dan bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka.

Pada sebelah petang, giliran peserta perempuan pula melakukan aktiviti berkumpulan bersama fasilitator masing-masing. Hujan yang turun pada petang tersebut nyata mengecewakan peserta lelaki yang ghairah untuk melakukan aktiviti air. Namun, setelah jam menghampiri jam 6.00 petang, kem komandan memutuskan untuk meneruskan  aktiviti air. Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta. Air yang sudah bertukar warna tetap tampak jernih untuk dimasuki.

krim-2008-147

Kekreatifan peserta kem kali ini jelas kelihatan pada sebelah malamnya. Dengan hanya diberikan masa lebih kurang 30 minit untuk menyediakan sebuah persembahan lakonan, mereka berjaya menampilkan persembahan yang tidak mengecewakan. Peserta perempuan pula dikehendaki mempromosikan produk  yang  bercirikan Islam dan pastinya berguna untuk umat. Mereka berjaya menampilkan persembahan yang begitu bersemangat dengan pelbagai gaya yang menghiburkan kerana pengasingan tempat persembahan dengan peserta lelaki. Gelagat wartawan, anak derhaka dan remaja insaf yang dipertontonkan oleh peserta lelaki pula turut menyerikan lagi malam tersebut. Persembahan mereka pula bertemakan “remaja muslim”. Sentuhan idea daripada  fasilitator juga memberikan sedikit kelainan dalam persembahan mereka.

Setelah penat melakukan pelbagai aktiviti, peserta akhirnya memulakan kembara mimpi lebih kurang jam 12.00 malam. Ada yang terpaksa tidur di dewan kerana keadaan khemah yang basah. Tidak mengapa adik-adik. Kesusahan akan menyedarkan erti kesenangan..

Ketenangan hutan dan kesejukan angin sememangnya mengajak mata untuk terus ditutup. Namun, seawal 4.45 pagi, peserta dikejutkan untuk berqiamullail. Setelah selesai solat subuh dan membaca al-mathurat, semua peserta diarahkan segera mempersiapkan diri untuk memulakan ekspedisi yang ditunggu-tunggu iaitu mendaki Gunung Datuk. Matahari juga bersinar cerah membakar semangat para peserta.

Peserta lelaki memulakan pendakian bermula jam 7.20 pagi setelah melakukan sedikit aktiviti pemanas badan. Ketabahan peserta mula diuji setelah mendaki beberapa lereng bukit yang agak curam dan tinggi. Kem komandan sentiasa disoal akan jarak yang masih perlu dilalui. Pendakian berehat seketika sebanyak dua kali untuk menjamah roti dan kaya serta  mendengar sedikit tazkirah. Setelah hampir 2 jam menahan mental yang penat dan kaki yang lenguh, akhirnya puncak  Gunung Datuk berjaya ditawan. Lebih membanggakan, peserta perempuan bersama fasilitator mereka juga bersemangat kental dan tidak ketinggalan menawan puncak tertinggi di Rembau ini. Laluan yang cukup berliku sememangnya tidak mudah dan tidak boleh dipandang enteng. Syabas untuk semua..

Air terjun yang dingin sememangnya dinantikan dalam perjalanan turun. Peluang menyegarakan diri yang diberikan tidak dilepaskan oleh semua peserta lelaki. Kegembiraan jelas terpancar di muka masing-masing. Setelah mengemas khemah dan beg masing-masing, semua peserta berkumpul di dewan untuk upacara penutup yang disempurnakan oleh YDP ISMA Melaka, Ustaz Ahmad Zainal Abidin. Adik Abu Zarim menjadi pilihan para fasilitator untuk dinobatkan selaku peserta lelaki terbaik. Bagi peserta perempuan pula disandang oleh adik Nur binti Ahmad. Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi..Tahniah diucapkan.

Sekitar jam 4.00 petang, para peserta bersalaman antara satu sama lain menangguhkan ukhuwwah yang baru terjalin. Masa selama 2 hari satu malam di sini sememangnya memberikan pelbagai pengalaman baru yang bermakna buat semua peserta. Semoga semua peserta mendapat faedah dan pengajaran berguna sepanjang mereka berada dalam program ini. Moga bertemu lagi dalam program KRIM yang akan datang. Hidup KRIM! Kelab pilihan remaja…

Disediakan oleh,
Saudara Abdul Razak Kassim,
Kem Komandan,
Kem Remaja Muslim 2008.

 

Klik sini untuk muat turun gambar.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: