KLS09 Cipta Sejarah.

Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka: Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas Rahmat dan RahimNya. Diatas limpah kurniaNya jugalah terjayanya Kem Lepasan SPM yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Remaja Muslim (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama PEMBINA cawangan Melaka dengan temanya “meraih ukhuwah, melkar sejarah”. Lokasi pilihan bagi kem ini ialah di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dan diadakan pada 16-18 Januari yang lalu. Seramai 35 peserta terlibat dalam menjayakan kem ini yang rata- ratanya berumur 17 dan 18 tahun.

kls-6

Program bermula dengan sessi pendaftaran di dewan kompleks dari pukul 4.00 sehingga 6.00 petang. Sejurus selepas solat isyak, majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha KRIM Melaka, Saudara Abdul  Razak Kassim yang diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengarah PEMBINA cawangan Melaka Saudara Muhamad Lukman Al Hakim. Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Hamdan dengan caranya yang tersendiri, diselitkan dengan lawak jenaka bagi menaikkan seri serta mood para peserta kem pada malam itu. Sebelum melabuhkan tirai untuk hari pertama, peserta berkesempatan untuk saling mengenali sesama sendiri yang datang dari pelbagai latar belakang sekolah dan negeri serta fasilitator.

kls-1 kls-2

Hari kedua disajikan dengan acara kemuncak iaitu penerangan tentang Kursus oleh wakil-wakil yang berpengalaman dalam bidang-bidang utama di universiti. Program diteruskan pula dengan sessi Q and A Booth di mana wakil-wakil dari setiap bidang tadi mengambil tempat di kaunter-kaunter di dewan bagi menjawab sebarang pertanyaan tentang kursus yang diajukan oleh para peserta. Sebaik sahaja selesai santapan tengahari dan solat zuhur berjemaah, para peserta bersiap sedia dengan pakaian sukan masing-masing bagi memulakan sessi Team Building. Satu demi satu jenis aktiviti yang menguji minda diberikan pada para perserta untuk diselesaikan oleh kumpulan masing-masing diketuai oleh para fasilitator yang handal dan cekap dalam memandu kumpulan masing-masing. Kekentalan dan semangat para peserta yang tidak pernah luntur oleh kedua-dua peserta lelaki dan perempuan jelas kelihatan di sepanjang perjalanan aktiviti biarpun setelah separuh hari dihidangkan dengan fakta-fakta tentang kursus.

Selesai solat maghrib berjemaah, para peserta dihidangkan pula dengan santapan rohani oleh Ustadz Zaidi yang bertajuk “Antara Ijazah dan Risalah”. Sessi tazkirah ini juga diselitkan dengan fakta terbaru tentang bumi Palestin yang pada hari itu merupakan hari ke-22 serangan. Sessi tazkirah pembuka minda ini diikuti pula dengan sessi Forum Perdana yang dipengerusikan oleh pengarah Kem Lepasan SPM sendiri saudara Mursyidi Mohammad dan dibarisi oleh 3 panel yang hebat daripada latar belakang yang berbeza. Forum ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan tips-tips menarik sebagai bekalan kepada para peserta untuk mengharungi alam pengajian tinggi dan kerjaya..

kls-4 kls-3

Hari terakhir kem bermula dengan solat subuh berjemaah dan diikuti pula dengan motivasi pagi bertajuk Wahai Pemuda yang diberikan oleh Saudara Lukman Al Hakim. Para peserta kemudiannya dihidangkan dengan siri ceramah bertajuk Education Flow yang diberikan oleh Saudara Nazeri, pensyarah di Universiti Multimedia Melaka yang amat berpengalaman di dalam hal ehwal pendidikan tinggi. Dalam sessi ini, pelajar dihidangkan dengan ceramah ringkas mengenai pathway ataupun cara-cara untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Penceramah juga memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Sessi ini diikuti pula dengan bengkel mengikut kumpulan dimana para peserta diketuai fasilitator diberi peluang merangka sendiri pelan masing-masing ke institusi pengajian tinggi dengan mengambil kira pencapaian keputusan percubaan SPM dan minat.

Selesai slot tadi maka bermulalah sessi penutup bagi keseluruhan kem ini. Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh pengarah program Saudara Mursyidi Mohammad dan diikuti pula dengan ucapan oleh Yang Dipertua ISMA cawangan Melaka Saudara Ahmad Zainal Abidin dengan ucapan yang ringkas namun padat dengan pengajaran yang bermakna sebagai Take Home Messages oleh para peserta. Tidaklah lengkap program ini kalau tidak diikuti dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil bagi para peserta bagi meraikan zaatiah dan semangat mereka di sepanjang kem. Diumumkan juga peserta terbaik lelaki dan perempuan di sepanjang kem. Adik Mohamad Fathil Aqil B Abdullah menjadi pilihan para fasilitator untuk dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik. Peserta terbaik perempuan pula disandang oleh adik Syakirah Sunhaji. Tahniah diucapkan !!.

kls-5

Sekitar jam 1.00 tengahari, para peserta bersalaman antara satu sama lain menangguhkan ukhuwwah yang baru terjalin. Masa selama 3 hari 2 malam di sini sememangnya memberikan pelbagai pengalaman baru yang bermakna buat semua peserta. Semoga semua peserta dapat menggarap faedah dan pengajaran sepenuhnya sepanjang mereka berada dalam program ini. Moga dapat bertemu lagi dalam perogram KRIM atau PEMBINA yang akan datang. Sama-sama kita doakan kejayaan adik-adik yang hadir dalam keputusan SPM yang akan datang pada bulan Mac ini…Ameen!!

Disediakan oleh’
Saudara Mursyidi Mohammad
Pengarah Kem Lepasan SPM 09

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: