Konvoi ISMA Melaka gamatkan Rapat Umum.

rapat-umum-gaza-47

Serangan Israel laknatullah ke atas bumi mulia Gaza mendapat kecaman dan bantahan seluruh dunia. Pemimpin-pemimpin dunia, badan-badan kerajaan, NGO mahupun orang perseorangan meluahkan ketidakpuasan hati mereka melalui pelbagai wacana.

rapat-umum-gaza-51

ISMA Melaka juga tidak ketinggalan menyahut panggilan ‘jihad kecil’ ini. Pada tanggal 10 Januari 2009 yang lalu, 4 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan 17 buah kereta meluncuri Lebuhraya Utara Selatan dari Melaka menuju ke Stadium Malawati, Shah Alam untuk menyertai Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) serta Aman Palestin.

Rapat umum yang menghimpunkan lebih 10,000 orang ini diisi dengan pidato tokoh dari UMNO, PAS, ABIM, PKR, ISMA serta wakil Gaza, persembahan nasyid, kutipan tabung Palestin, demonstrasi menghina Israel dan sekutunya, jualan dan juga acara kemuncak iaitu konvoi kereta bertampal poster ‘Save Gaza’ yang dilepaskan sejurus selesai majlis rapat umum. Lebih penting, rapat umum kali ini menyaksikan terisytiharnya deklarasi rapat umum yang mengandungi 11 perkara penting.

rapat-umum-gaza-54

Diharapkan sedikit usaha dan penglibatan ISMA Melaka dalam program mega ini mampu membuka ufuk baru terhadap penganjuran program kemasyarakatan dalam skala yang besar dan mencapai matlamatnya untuk bangun bersama seluruh dunia mengutuk serangan Israel ke atas Palestin insya-Allah.

“Hancur hancur Isreal”

“Hidup hidup Palestin”

“Takbir!”

Wassalam.

Saudara Lukman al-Hakim
AJK ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: