MABIT – Selangkah ke arah masyarakat impian

qiam-januari-09-0011

Surau an-Najihin, Tmn. Merdeka Jaya: Konsep penggarapan umum yang meniti bibir hampir setiap ahli ISMA dewasa ini telah secara tidak langsung memberi tempias kepada ISMA Melaka. Ianya menggesa AJK dan ahlinya untuk terkedapan dalam mempelbagaikan pendekatan positif ke arah memasyarakatkan da’wah.

MABIT siri-1 adalah inisiatif awal dalam takwim 2009 yang diharap mampu menjadi titik tolak ke arah memperkasakan da’wah ISMA ke dalam masyarakat. Dalam program siri pertama ini, ISMA dengan kerjasama AJK Surau an-Najihin telahpun mengadakan siri penerangan tentang kezaliman Israel. Program yang bermula sejurus Maghrib berjemaah mendatangkan wakil Aman Palestin, Dr. Yusof Abas. Peserta kemudian mengambil peluang untuk beramah mesra sesama sendiri sebelum melelapkan mata. Qiam kali ini agak unik dengan menggabungkan ahli-ahli yang sudah senior dan lama bekerja dengan adik-adik yang masih mengerah keringat di peringkat universiti.

qiam-januari-09-004qiam-januari-09-008qiam-januari-09-016qiam-januari-09-002

Seawal 4:30 pagi, peserta mula bangkit untuk qiamullail secara berjemaah. Selepas Subuh, Ustadz Zaidi kemudiannya membentangkan tazkirah Subuhnya. Peserta kemudiannya bersarapan sebelum aktiviti yang ditunggu-tunggu.

Tidak sah jika program ruhi seperti Qiamullail ini tidak disertai dengan aktiviti riadah dan kesukanan. Padang Taman Merdeka Jaya riuh seketika dengan jeritan dan semangat yang ditunjukkan oleh para bolawan ISMA Melaka. Yang sudah veteran kelihatannya tidak mahu kalah di atas padang kepada yang muda bertenaga.

qiam-januari-09-030qiam-januari-09-043

Alhamdulillah, MABIT siri-1 berjalan lancar dan diharap akan mampu terus memacu perjuangan ummah dalam konteks yang lebih luas. Semoga ianya terus dibantu dengan taufik dan hidayah Allah SWT.

Dilaporkan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

2 responses to this post.

  1. Posted by arrumy on February 1, 2009 at 11:36 pm

    Salam Ziarah dari Mesir.

    Reply

  2. Posted by ismamelaka on February 1, 2009 at 11:41 pm

    Salam kembali ya akhi..

    Moga da’wah di Mesir menjadi qudwah kami di sini.

    Allahu’alam,
    Editor

    Reply

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: