Siri Seminar Kekeluargaan buka lembaran baru.

Pejabat ISMA Melaka, Durian Tunggal: Segala Puji bagi Allah, Biro Wanita ISMA Melaka berjaya menganjurkan Siri ke-2 Parenting Skill yang bertajuk Adaptasi Biologi Wanita Dalam Rumahtangga. Berbezanya siri kali ini adalah kerana penyertaannya dibuka kepada masyarakat luar dan tidak terhad kepada ahli ISMA sahaja. Alhamdulillah, seminar Parenting Skill anjuran ISMA Melaka ini menerima lebih dari 60 penyertaan hingga pendaftaran terpaksa ditutup di saat-saat akhir kerana bimbang menimbulkan ketidakselesaan kiranya terlalu ramai peserta.

seminar-wanita-53

Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis ‘teacher‘ Affiza dan bacaan quran dari saudara Mursyidi menyentuh mengenai nasihat Luqman kepada anaknya. Seterusnya montaj program ditayangkan diikuti dengan ceramah utama mengenai  adaptasi biologi wanita dan rumahtangga. Siri kali ini membawakan Dr Norizam Hj Alias, Pakar Psikiatari dari Hospital Tunku Jaafar Seremban. Penyampaian berkisar mengenai rentetan perubahan biologi wanita. Fokus lebih diberikan kepada saat kehamilan dan selepas bersalin sesuai dengan objektif kali ini. Selain itu , ia juga menyentuh mengenai kepentingan tarbiyah yang berterusan pada anak-anak dan peri-pentingnya kekuatan keimanan yang ada untuk terus mampu  menghadapi sebarang cabaran perubahan biologi seorang wanita seperti yang dialami siti hajar dan sahabiyah yang lain.

seminar-wanita-18Majlis berhenti rehat setelah soal jawab. Ternyata begitu banyak soalan-soalan yang ingin dilemparkan tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Setelah menjamah kuih yang disediakan dan dibawa khas dari kampung 8 beserta air teh bancuhan wanita ISMA, para peserta lebih bersemangat untuk menghayati dan mendengar penyampaian mengenai isu semasa kini dan senantiasa relevan sepanjang zaman iaitu isu Palestin. Sedikit latar belakang diceritakan diselang selikan dengan keadaan sebenar yang berlaku dan dalang disebalik pencerobohan dibongkar. Peserta yang kebanyakannya dari Kampung Lapan juga telah turut bermurah hati menyumbangkan kutipan amal ahli kariah kepada wakil Aman Palestin.

seminar-wanita-60

Majlis dihentikan tika jam mencecah 12.40 tengah hari dimana para peserta diberikan sebungkus nasi beriyani beserta produk orang kampung sebagai kenangan menjayakan program kali ini. Diharap akan lebih banyak siri parenting skill akan dianjurkan pada masa akan datang bagi menambah pengetahuan mengenai kekeluargaan dan menyelesaikan segala kemusykilan seterusnya menambah kualiti sedia ada dalam pendidikan anak-anak. Akhirnya, syabas pada semua yang menjayakan program kali ini sejak dari mula lagi tidak kira yang menyusun kerusi, membuat reben atau apa sahaja sumbangan yang diberikan. Hanya Allah yang layak membalasnya.

Disediakan oleh,
Saudari Hidayah Ahmad Azam,
Pengarah Program,
Wanita ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: