Wanita ISMA Melaka anjur Kursus Solat & Ibadah

Londang, Melaka – Sempena Minggu ‘College Islamic Festival‘ di Kolej Matrikulasi Londang Melaka, Biro Wanita ISMA Cawangan Melaka telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam menjayakan Kursus Solat & Ibadah, selari dengan konsep penggarapan umum yang diwar-warkan sejak kebelakangan ini.

1

Sesekali kesunyian Dewan Utama di atas bukit itu dipecahkan oleh gelak tawa kira-kira 150 pelajar perempuan yang menyertai kursus tersebut. Ada sesuatu yang mencuit hati mereka tatkala para ustazah membentangkan slot masing-masing.

Dimulakan dengan slot bersuci dari hadas, Ustazah Nurazimah Abd. Rahman menghuraikan beberapa perkara yang berkaitan sepeti wudhu’, mandi wajib dan tayammum. Slot kedua tentang solat pula diteruskan selepas minum pagi oleh Ustazah Rosita Rejab dengan menghuraikan perkara-perkara berkaitan solat seperti azab meninggalkan solat, bagaimana khusyuk dalam solat, rukun-rukun solat dan sebagainya.

Usai solat zuhur secara berjemaah, Ustazah Hidayah Ahmad Azam menyampaikan slot ketiga iaitu solat berjemaah. Pembentangan yang ringkas dan padat menghuraikan tuntutan solat berjemaah, juga perkara berkaitan masbuq, muafiq dan istikhlaf.

Tidak lengkap rasanya kursus ini jika tiada slot amalinya. Tambah pula waktu petang yang mana sesuai untuk melelapkan mata, lagi-lagi setelah dijamu nasi tomato yang enak pada tengaharinya. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, barisan fasilitator yang juga dari Biro Wanita ISMA Cawangan Melaka mengambil tempat dalam kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibahagikan bagi tujuan amali tayammum, masbuq dan istikhlaf. Pelbagai soalan dilontarkan oleh peserta-peserta kepada fasilitator bagi menambahkan lagi kefahaman dan keyakinan mereka terhadap apa yang telah dipelajari sebentar tadi.

Kursus Solat & Ibadah 2Kursus Solat & Ibadah 3kem-ibadah-7kem-ibadah-8

Acara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada pihak penganjur kepada para penceramah dan barisan fasilitator menjadi penutup kursus ini yang tamat kira-kira jam 4.30 petang. Secara kesuluruhannya, para ustazah telah berjaya menarik perhatian setiap peserta dengan persembahan mereka yang tersendiri sehinggakan lensa kamera tidak berjaya merakamkan wajah-wajah yang lesu mahupun bosan. Syabas diucapkan!

kem-ibadah-5

Diharapkan melalui kursus ini, para peserta dapat melakukan penambahbaikan terhadap kualiti ibadah solat yang didirikan.

Disediakan Oleh,
Saudari Nabihah Md Shah,
Unit Media Wanita ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: