Tarbiyatul Aulad dan Program Cepat Membaca.

Tadika Aulad Musleh ditubuhkan pada bulan Oktober 2008 dan dibuka secara rasmi pada 5 Januari 2009. Alhamdulillah, sambutan yang diterima dari masyarakat setempat amat menggalakkan sehingga pihak tadika terpaksa menolak beberapa pemohonan di saat akhir. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih oleh Allah swt untuk menjadi ‘pioneer’ di Tadika Aulad Musleh yang menggunakan Little Caliphs Program.

51

Pada 14 Februari 2009, Tadika Aulad Musleh, Sungai Udang, Tadika Khalifah Comel, Bukit Katil dan Little Caliphs Enterprise dengan kerjasama Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Cawangan Melaka telah menganjurkan satu seminar keibubapaan yang mengupas tajuk Tarbiyatul Aulad atau pendidikan anak-anak di dalam Islam dan Teknik Cepat Membaca.

Program dimulakan dengan aluan oleh Pengerusi Majlis, Teacher Aini dan disusuli dengan alunan bacaan Al-Quran dari Surah Yusuf ayat 12 hingga 19. Jiwa ibu bapa kemudiannya dihidangkan dengan pengisian rohani yang mengupas tajuk Tarbiyatul Aulad oleh Puan Rosita binti Rejab selaku Ketua Wanita ISMA cawangan Melaka. Terlalu banyak yang dikongsikan. Apa yang pasti, anak-anak adalah anugerah daripada llah. Selayaknya, ibu bapa perlu menjadi rakan yang paling rapat dengan anak-anak terutamanya apabila mereka menginjak dewasa bagi mengelakkan mereka dari mencari ‘teman’ di luar. Dan ini memerlukan asas yang kuat sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi.

6

Bulan Februari merupakan bulan ulang tahun kelahiran bagi 5 orang anak-anak Little Caliphs. Justeru, kami turut meraikan hari ulang tahun kelahiran mereka ketika majlis berhenti seketika. Jelas terpancar sinar bahagia di riak wajah mereka tatkala kami menyanyikan lagu “Allah selamatkan Little Caliphs”. Mereka turut menerima hadiah ulang tahun dari pihak tadika. Seorang daripadanya adalah anak ahli ISMA Melaka, adik Afnan Safiyyah binti Amru Iskandar.

7

Sesi perkongsian Teknik Cepat Membaca Little Caliphs membuatkan ibu bapa begitu teruja. Minda kanak-kanak sukar untuk difahami oleh orang dewasa. Subhanallah, jika kena pada gaya dan tekniknya, insyaAllah anak-anak ini akan dapat membaca seawal usia 4 tahun. Di Little Caliphs, kami menggabungkan kedua-dua belah otak kanan dan kiri anak-anak dalam pembelajaran supaya mereka mendapat sesuatu secara maksimum. Penyampaian yang bersahaja oleh Founder Little Caliphs, Puan Hajjah Sabariah Faridah Jamaluddin membuatkan hadirin tidak kering gusi.

8

Sesungguhnya, kami di Little Caliphs mengharapkan agar usaha kecil kami dalam mendidik anak-anak kecil ini akan dirahmati Allah dan member impak yang positif di dalam masyarakat.

Disediakan oleh,

Puan Siti Affiza binti Mohammad,
Principle,
Tadika Aulad Musleh.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: