ISMAmelaka Ajak Masyarakat Bina Generasi Dakwah dalam MABIT IV

mabit-4

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya: ISMAmelaka dalam rangkanya membumikan fikrah Islam yang syumul ini ke dalam masyarakat akan menganjurkan program Qiaymullail hujung minggu ini. Kali ini, program yang lebih dikenali dengan singkatannya MABIT akan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Merdeka Jaya serta Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka.  Siri program membimbing masyarakat, Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) yang masuk Siri ke-4 hujung minggu ini, akan bermula seawal jam 10 malam hari Sabtu, 25 April 2009 sehingga ke awal pagi Ahad, 26 April 2009.

MABIT antara lainnya mengajak ummah ini untuk siap siaga kembali kepada praktis Islami dalam kehidupan seharian. Tentatif secara ringkasnya adalah seperti berikut:

09:30 pm: Mula berkumpul
10:00 pm: Pengisian I
                         Tidur
4:30 am: Bangun Qiyamullail
6:00 am: Subuh berjemaah
                       Kuliah Subuh
8:00 am: Riadah

Kepada para penduduk setempat khususnya dan seluruh kaum muslimin amnya, ayuh kita ramaikan. Dilampirkan peta ke Surau An-Najihin.

peta-ke-surau-an-najihin

Jom!! Kita jumpa di MABIT!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMAmelaka.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: