Wawancara KRIM bersama Adik Nur Binti Ahmad

Sabtu, 28 Mac 2009 – Taman Merdeka, Melaka: Berikut merupakan temubual Wartawan KRIM Melaka, Saudari Amalia bersama  adik Nur binti Ahmad yang berjaya memperoleh 9A2 dan 2A2 dalam peperiksaan SPM 2008.

Beliau yang merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar dan merupakan anak pertama daripada sembilan orang adik beradik kepada YDP ISMA Melaka, Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin dan pasangannya, Ustazah Nur Azimah binti Abdul Rahman.

[W =Wartawan KRIM Melaka, N = Adik Nur]

W: Adakah Nur hubungi sekolah atau pergi ke sekolah sendiri untuk mengambil keputusan SPM?
N: Hubungi guru kelas. Awalnya, agak takut untuk tahu tetapi mengambil keputusan untuk hubungi juga kerana akhirnya perlu tahu juga.

W: Apa perasaan Nur apabila cikgu sudah beritahu keputusan?
N: Alhamdulillah, bersyukur. Akhir sekali, dapat ‘result’ yang baik. Gembira

W: Apakah keputusan SPM Nur?
N: 9A1 dan 2A2. Mata pelajaran yang mendapat A1 adalah BM, BI, Sejarah, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Syariah, Qur’an dan Sunnah. A2 adalah Bahasa Arab dan Fizik.

W: Apakah persediaan Nur untuk hadapi SPM?
N: Bila di Tingkatan 4, Nur leka dan tak dapat nak kuasai sesuatu matapelajaran. Jadi, Nur tanya kawan dan tanya cikgu tentang mata pelajaran itu waktu rehat. Cikgu akan beritahu perkara penting untuk ‘exam’. Kadang-kadang cikgu beri latihan, kita buat. Jadi, ‘one to one’. Fokus  sewaktu cikgu mengajar. Cikgu ada juga beri soalan percubaan SPM dari negeri lain untuk buat.

W: Siapakah yang memberi dorongan besar?
N: ‘Parents’. ‘Parents’ banyak beri duit. Duit asrama untuk sepenggal adalah ratusan. Ingat balik, kalau tidak buat betul-betul, terasa rugi. Tak manfaatkan duit itu. Kemudian, cikgu dan kawan-kawan.

W: Jika berlakunya sebarang tekanan, bagaimana Nur menghadapinya?
N: Kadang-kadang, terasa hadapi tekanan bila keletihan. Bila penat, keluar dari kelas, tengok kawan. Fikir positif. Jika tidak buat, lebih teruk. Lebih baik buat perlahan-lahan satu persatu. Lagi satu, Ketua BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) kata elok solat sunat Dhuha. Manfaatnya murah rezeki dan ilmu mudah masuk. Jadi, waktu rehat solat sunat Dhuha. Waktu malam pula, kebanyakan pelajar Tingkatan 5 membuat solat hajat dan bacaan yasin.

W: Siapakah idola Nur atau orang yang Nur jadikan contoh?
N: Ada kawan yang pandai. Hubungannya dengan Allah, cikgu, dengan manusia macam baik. Jadi, Nur teringin jadi macam itu. Kawan sebagai pendorong.

W: Selepas ini, apakah perancangan Nur?
N:
Saya sudah ‘apply’ Perubatan Timur Tengah di JPA. Jadi, mana-mana pemohon yang layak perlu mengikuti program di Hospital Melaka dari hari Isnin ke hari Jumaat minggu lepas.

W: Apa yang Nur dapat daripada program itu?
N: Ada seorang doktor di sana beritahu, ‘Jadi doktor memang ‘glamour’. Tetapi, untuk dapatkannya, kena bekerja keras. Kalau kuat tidur, jangan jadi doktor. Pertama, kena minat. Kena ada komitmen’.

W: Apakah penglibatan Nur dalam aktiviti kokurikulum?
N: Semasa di Tingkatan 4, terlibat dengan kawad, pengakap dan bola keranjang. Semasa di Tingkatan 5, tidak sertai aktiviti kokurikulum.

W: Sebelum akak mengundur diri, apakah nasihat Nur kepada para pelajar yang akan menduduki SPM 2009?

N:

  1. Jaga hubungan dengan semua. Allah, manusia, binatang sekalipun.
  2. Jika tak yakin boleh berjaya, belajar sahaja secara konsisten. Jangan fikir negatif, samada boleh buat atau tidak.
  3. Jika tidak suka sesuatu mata pelajaran, jangan fikir negatif. Nanti lagi susah untuk faham.
  4. Jika nak cepat belajar, ‘study group’. Jangan malu nak tanya cikgu dan kawan. Bila kawan tanya, ajar dia sebab lebih mudah ingat.
  5. Sentiasa berdoa. Jaga aktiviti kerohanian. Rileks. Jangan belajar je.

W: Terima kasih banyak-banyak Nur sebab sudi luangkan masa. Assalamu’alaikum
N: Wa’alaikumussalam

Disediakan oleh,
Saudari  Siti Amalia,
Naib Pengarah KRIM Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: