Seminar Kemahiran Teknik Belajar Di Sekolah Agama (P) Syarifah Rodziah

ALAI, Melaka  – Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Melaka telah mendapat jemputan untuk mengadakan Seminar Kemahiran Teknik Belajar di Sekolah Menengah Agama (P) Syarifah Rodziah pada hari Sabtu yang lalu iaitu bersamaan 25 April 2009. Seminar yang bermula sekitar pukul 8.30pagi itu dihadiri oleh 258 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar tingkatan satu, dua dan empat serta seorang pelajar daripada tingkatan tiga.

Seminar ini mengandungi dua slot utama iaitu Slot Kemahiran Teknik Belajar dan Slot Tips Mencari Keberkatan. Antara penceramah jemputan ialah Saudari Nor Hidayah dan Saudari Siti Amalia. Kedua-dua tajuk ini dipilih adalah bagi merealisasikan objektif untuk melahirkan golongan remaja yang seimbang daripada aspek mental, emosi, jasmani dan rohani. Ini adalah memandangkan keputusan yang cemerlang dalam SPM sahaja tidak cukup untuk menjamin kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Slot Kemahiran Teknik Belajar mendedahkan para pelajar kepada skil untuk mengulangkaji pelajaran seperti melakar peta minda di samping memuatkan sedikit motivasi kepada para pelajar untuk tidak berputus asa untuk belajar. Manakala, slot Tips Mencari Keberkatan adalah lebih kepada menyemai benih kesedaran dalam jiwa pelajar untuk bangkit mencari keberkatan dalam kehidupan dengan menitikberatkan hubungan dengan Allah serta penjagaan akhlak peribadi. Selain itu, terdapat sesi temuduga mini bersama bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar iaitu Saudari Nur binti Ahmad yang didatangkan khas oleh KRIM Melaka agar dapat memberi peluang kepada para pelajar Sekolah Agama Syarifah Rodziah untuk mendengar sendiri perkongsian tips-tips dan pengalaman bermanfaat  Adik Nur. Kehadiran Adik Nur sedikit-sebanyak membuahkan suasana ceria lebih-lebih lagi sewaktu soal dan jawab yang berlaku sejurus selepas tamatnya sesi temuduga mini.

Walaupun bekalan elektrik terputus sewaktu Slot Tips mencari keberkatan, para pelajar masih sabar dan tenang menghadapi keadaan tersebut. TAHNIAH! Ekoran kejadian ini, KRIM Melaka membuat keputusan untuk memecahkan para pelajar kepada beberapa kumpulan agar fasilitator-fasilitator dapat menerangkan baki slot ini dalam kumpulan. Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada siapa dapat menandingi perancangan Allah. Secara tidak langsung, pemecahan dalam bentuk kumpulan ini menyebabkan para pelajar berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan dalam usaha untuk mencari keberkatan. Seminar diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah KRIM cawangan Melaka, Saudara Mursyidi sekitar 12.45tghari. 

Akhir kata, Selamat Maju Jaya kepada para pelajar Sekolah Agama Syarifah Rodziah dan semoga kita semua merindukan untuk meraih kehidupan yang berkat di sisi Allah SWT. BARAKAH bagi ANDA dan BARAKAH bagi KAMI! Aamiiin!

Dilaporkan oleh,

Siti Amalia Binti Samaruddin,
Naib Pengarah,
Kelab Remaja ISMA (Melaka).

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: