ISMA Melaka edar risalah tingkat kesedaran terhadap Ramadhan

Melaka, 22-23 Ogos – Bagi memberi galakan kepada orang ramai menjalankan pelbagai aktiviti ibadat di bulan Ramadan, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka telah mengadakan aktiviti mengedarkan risalah berkenaan bulan mulia ini kepada masyarakat di sekitar Bandaraya Melaka, Jasin dan Alor Gajah.

Ketua bagi program berkenaan, Khair Razlan Othman berkata, sebahagian daripada belia yang terlibat merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini. Katanya, seramai 25 belia mengikuti aktiviti itu.

“Bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia memandangkan ia satu bulan yang penuh bermakna bagi golongan ini. Di bulan ini, umat Islam perlu memperbanyakkan lagi amal ibadat termasuklah mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan bagi khususnya sesama umat Islam,” katanya ketika mengedarkan risalah berkenaan di Melaka Sentral di sini.

Menurutnya, ia satu aktiviti yang sangat baik bagi menyedarkan orang ramai tentang kebaikan dan keistimewaan Ramadan.

“Di dalam risalah-risalah tersebut terdapat perkara-perkara yang menceritakan berkenaan bulan Ramadan, yang mana boleh membantu kita menambahkan pengetahuan mengenai bulan ini. Selain itu, ia adalah satu inisiatif bagi pihak kami untuk menarik lebih ramai golongan muda dan belia menghargai bulan Ramadan, lebih-lebih lagi ia tiba setahun sekali,” katanya.

Pada masa yang sama, penglibatan pelajar IPT dalam program itu merupakan satu kaedah untuk menggalakkan kerjasama antara mereka. Khair juga berkata, walaupun bukan daripada IPT yang sama, tetapi mereka dapat menjalankan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna.

“Semangat inilah yang perlu diamalkan oleh generasi muda masa kini supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang tenang, aman dan harmoni di negara Islam ini.” katanya.

Sebanyak 2,000 risalah dicetak bagi diedarkan di sekitar kawasan di Melaka.

Sumber: Sinar Harian Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: