Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52

Photobucket
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Bismillahirrahmanirrahim,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa ISMA?

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada 7 Julai 1997. Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat cergas dalam usaha-usaha dakwah dan pendidikan dengan slogan “Membina Generasi Harapan”.

Melalui usaha-usaha tersebut, ISMA menuju ke arah membina semula generasi Islam yang melaksanakan dalam diri mereka nilai-nilai Islam dalam segenap lapangan hidup; atau dengan kata lain membina semula jatidiri dan keperibadian umat. Salah satu nilai yang menjadi landasan dalam perjuangan ISMA ialah nilai kesetiaan bangsa.

Konsep “bekerja untuk Allah”, telah menjadikan usaha memartabatkan maruah dan kemuliaan bangsa sebagai jihad yang tinggi dan mulia di sisi ISMA. Ahli-ahli ISMA mengabadikan kehidupan peribadi mereka demi mengembalikan kegemilangan silam.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52

Warga ISMA bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada tahun ini, tahun 2009, buat julung-julung kalinya ISMA dapat menganjurkan secara rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-52.

Sambutan yang diadakan dengan cara yang tersendiri ini dilancarkan sebagai kaedah untuk menyampaikan suara hati rakyat terhadap kekusutan yang sedang dihadapi oleh umat kini. Keserabutan itu berpunca daripada kelunturan yang menyeluruh dari aspek kesetiaan bangsa.

ISMA mahu mengajak umat Islam seluruhnya untuk memperbaharui keteguhan hati dalam mepertahankan identiti bangsa mereka. Justeru itu, ISMA memilih tema yang sangat menarik yang berbunyi:

“Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam”

Sebab Tema Ini Dipilih

Kesetiaan ialah keteguhan hati. Kesetiaan bangsa yang dimaksudkan di sini ialah keikhlasan, kejujuran dan keteguhan hati terhadap agenda bangsa yang merupakan misi perjuangan, sebab wujud dan alasan kelangsungannya.

Mari kita kembali kepada asal intima’ (penggabungan) kita sebagai Melayu Muslim. Sebuah bangsa berdaulat tegak berdiri semenjak ribuan tahun yang lalu; yang telah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan risalahnya.

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Ini kerana kita telah lupa asal-usul diri kita, kita menjadi bangsa tanpa identiti, menjadi umat yang mengikut langkah umat yang lain. Kita hilang jati diri kita sendiri.

“Kita berada atas satu ajaran bukan dari sumber ambilan kita, kalam nabi-nabi adalah kalam kita, tetapi perbuatan ahli jahiliyyah yang kita lakukan.” (Penyair Arab Syauqi)

Islam telah menjadikan kita bangsa yang mulia, mempunyai matlamat kewujudan dan memiliki risalah kepada manusia. Islam memberikan kita sebab kelangsungan dan tangga menuju kecemerlangan. Sejarah telah menyebatikan Islam dan Melayu dan ia tidak mungkin dapat dipisahkan.

Proses normalisasi dengan kehidupan liberal dan plural menjadikan kita lupa identiti, lupa risalah dan juga lupa misi kita sebagai khaira umah (umat terbaik); misi sebagai syuhada’ (saksi) ke atas manusia. Inilah punca segala penyakit dan permulaan kepada keruntuhan.

Justeru itu, ISMA menyeru: Ayuh kita kembali kepada diri kita, bertaubat dengan taubat nasuha.

“Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan dengan Islam, selama kita mencari kemuliaan dengan selain daripadanya, kita (akan) dihina oleh Allah.” (Umar al-Khattab)

ISMA menyeru semua untuk kembali kepada kesetiaan, keteguhan hati, kesatuan dan kebenaran intima’.

Bahkan kehinaan bukan berhenti setakat itu, bahkan kita telah menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita.

“Kamu akan dikerumuni oleh umat manusia seperti anai-anai mengerumuni makanannya. Bertanya seseorang: Adakah ia disebabkan bilangan kami sedikit pada waktu itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: Bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu seumpama buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa takut terhadapmu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seseorang bertanya: Apakah itu ‘wahan’, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Cintakan dunia dan bencikan kematian.” (Hadis Sahih: Misykah al-Masobih, Albani)

Demikianlah, kita hilang keperibadian dan jatidiri. Setiap kita berputar pada kehidupan sendiri, individualistik, berputar seperti debu-debu ditiup angin mengelilingi kepentingan individu, atau kumpulan; mengorbankan kepentingan umat dan agenda nasional. Bahkan agenda-agenda umat kita jadikan tukaran dalam dagangan perebutan kuasa politik.

Tiada lagi kepercayaan sesama sendiri. Kawan bertukar musuh dan musuh bertukar kawan, silih berganti setiap kali musim berputar.

Lebih teruk lagi apabila masing-masing mengambil orang kafir sebagai kawan yang setia untuk melawan muslim yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Aali-Imran: 118)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Aali-Imran: 28)

ISMA menyeru umat Islam khususnya umat Melayu untuk kembali kepada diri mereka dan memartabatkan kesetiaan bangsa yang telah terhakis.

Ambil pengajaran dari pengalaman lalu, setiap kali kesetiaan kita tinggi maka ketika itu kita cemerlang dan setiap kali kesetiaan bangsa ini lemah, maka ketika itu kita menjadi habuan musuh.

Fikir-fikir dan nilai-nilaikan.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: PerjalananKu

Ucapan perutusan Ramadhan oleh Ustaz Abdullah Zaik ini boleh diikuti melalui saluran Media ISMA di laman youtube:

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52

Atau di Blog Presiden:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: