Seminar Penghayatan Ramadhan ISMA Melaka semai kesedaran

Bukit Palah, 16 Ogos – Tarikh 16 Ogos 2009 bersamaan dengan 25 Syaaban 1430H yang lepas merupakan petanda bahawa umat Islam bakal berhadapan dengan ketibaan bulan Ramadhan Kareem. Justeru itu, ISMA cawangan Melaka dengan kerjasama PEMBINA Melaka telah berjaya melaksanakan Seminar Penghayatan Ramadhan yang julung-julung kalinya diadakan di Auditorium Masjid Al-Azim.

Penganjuran seminar sedemikian rupa merupakan sesuatu yang amat bermakna memandangkan tujuan perlaksanaan tersebut adalah bagi merealisasikan bulan Ramadhan sebagai bulan kemenangan serta bulan ketakwaan buat umat Islam Melaka.

Photobucket

Seminar yang berlangsung daripada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang itu dihadiri lebih daripada 200 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, kakitangan awam dan swasta serta pelajar-pelajar sekolah dan IPT. Tidak ketinggalan juga, seminar ini diserikan lagi dengan penerimaan beberapa kunjung tamu hormat oleh wakil-wakil daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Melaka, Persatuan Ibu Tunggal Melaka, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk ‘Kesan Puasa terhadap Pembentukan Peribadi Muslim’ oleh Al-Fadhil Ustaz Zaidi Jalil, Naib YDP ISMA Melaka. Slot ini banyak mengupas tentang amalan yang bercanggah dengan roh sebenar Ramadhan serta keistimewaan yang ada dalam bulan Ramadhan itu yang boleh menjadi pemacu kepada umat Islam untuk melawan dorongan hawa nafsu serta memperbanyakkan ibadah dan amal kebaikan. Di samping itu, penekanan juga diberikan terhadap peri pentingnya bagi umat Islam untuk menjadikan niat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan adalah semata-mata sebagai penunaian ta’abud kepada Allah iaitu ketundukan ikhlas seseorang hamba kepada perintah Allah.

Photobucket

Sesudah slot ini, upacara perasmian seminar oleh wakil Pengarah JAIM, Al-Fadhil Ustaz Lokman Jamil dijalankan. Beliau menyatakan penghargaan terhadap usaha ISMA yang mengorak langkah mendidik umat Islam Melaka khususnya. Seminar sebelumnya dimulai dengan tayangan video ‘Ramadhan dan Palestin’ yang berjaya mengesani audiens di dalam auditorium.

Seusai rehat selama setengah jam, seminar disajikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid ‘Afwan penuh bertenaga yang didatangkan khas daripada Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Slot diteruskan pengisian daripada Al-Fadhil Ustaz Ahmad, YDP ISMA Melaka yang bertajuk ‘Fiqh Ramadhan’. Slot ini sangat menarik dan penting kerana penceramah berjaya mengupas tajuk tersebut daripada aspek falsafah Ramadhan itu sendiri serta penjelasan yang mudah difahami berkaitan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan yang tidak membatalkan puasa. Menerusi slot ini, para hadirin disedarkan bahawa Islam itu adalah suatu agama yang sangat luas cakupannya dan bukannya agama yang membebankan penganutnya. Akhirnya, para hadirin disajikan dengan Forum: Soal Jawab Isu Ramadhan yang mana barisan panelisnya terdiri daripada Ustaz Ahmad dan Ustazah Rosita, Ketua Wanita ISMA Melaka.

Photobucket

Seminar Penghayatan Ramadhan tamat sekitar pukul 1.30 petang dan majlis bersurai. Pelaksanaan seminar ini dilihat berjaya menyemarak para hadirin untuk memperoleh kefahaman dan ilmu dalam membantu mereka mengharungi setiap detik di bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Moga penganjuran program-program akan datang dapat mendekatkan lagi ISMA di mata masyarakat.

Yang Berusaha,
Saudara Aizat Rasli
Pengarah Seminar Penghayatan Ramadhan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: